
Will you marry me?

Jodoh Yang Datang
Then aku teringat satu petikan dari usrah...Jodoh tu datang melalui 3 cara :
- Pertama, jodoh yang datang dari syaitan
- Kedua, jodoh yang datang dari jin
- Ketiga, jodoh dari Allah
hai...Allah lebih mengetahui...hehehe
Terus bernafas...
Tafakur
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduaan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan
Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijap kalbu
Antara kau dan aku
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduaan
Merindui janji-mu Tuhan
Bantuan di perjuangan
Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku
Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu
Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku
Kau Pergi
Lagu 'Pergi' merupakan OST untuk filem "Talentime" arahan Kak Min...
Aku nak faham engko..
Neuro-linguistic programming (NLP) is defined in the Oxford English Dictionary as "a model of interpersonal communication chiefly concerned with the relationship between successful patterns of behaviour and the subjective experiences (esp. patterns of thought) underlying them" and "a system of alternative therapy based on this which seeks to educate people in self-awareness and effective communication, and to change their patterns of mental and emotional behaviour".The co-founders, Richard Bandler and linguist John Grinder, claimed it would be instrumental in "finding ways to help people have better, fuller and richer lives".They coined the title to denote a supposed theoretical connection between neurological processes ('neuro'), language ('linguistic') and behavioral patterns that have been learned through experience ('programming') and that can be organised to achieve specific goals in life.
Al Fatihah Untuknya

Muvie Again!!
I love it!!

Itu je for this round...nak mandi dah wey!!! Hehehe
Lepaskan
Anda minda sudah tidak dapat memikir lagi..jika hati sudah tidak dapat menyimpan lagi..
Datang pasrah...Serah segala pada yang Maha Esa....
Ya Allah...Aku redha jika ini lah ketentuan Mu untuk ku....
Daripada Mu aku datang...Dan kepada Mu jualah aku akan kembali...
Hanya engkau yang Maha Mengetahui apa yang tersirat di sebalik segala yang tersurat...
Doa Perpisahan
Bukan Milik Kita
Maghrib tadi dalam perjalanan balik ke rumah..aku singgah kat masjid sebab takut habis waktu..terlepas pulak solat nanti....sebelum aku melangkah keluar dari kereta..aku terdengar sebahagian daripada usrah di radio...this is what I could recall :
Di luar jangkaan...
Then another exam end of the year... can I do all these..?
Aku pening....
Ada lagi tanya aku pasal masalah rumahtangga.... suami cari lain.... tak balik rumah..etc
Ada pulak lagi seorang dengan masalah hati... dendam kesumat.... huhu...
I mean, macam mana aku nak bagi nasihat bila ilmu aku sendiri pun belum cukup.... :-(
Allah saja yang mengerti apa aku rase.... La ilaha ila anta..subhanaka inni kuntu minazzolimin....
Harry Porter 6

Happy Birthday To Me...

Alhamdulillah...Terimakasih Allah kerana membenarkan aku hidup di atas bumi Mu yang indah ini sehingga 35 tahun lamanya...masih banyak yang belum tertunai..masih banyak yang belum tersempurna...maafkan aku Ya Allah jika ada waktu aku leka dan lalai dalam hidupku yang serba singkat ini...Maafkan kekhilafan ku ya Tuhan...Maafkan aku jika persembahan ku pada Mu masih banyak cacat dan celanya...banyak yang telah Kau beri pada ku namun masih terlalu sedikit yang ku pulangkan pada Mu...Ampuni aku dan halalkan untuk ku Ya Allah jika sampai waktu ku nanti aku masih belum dapat menunaikan kesemua janji ku pada Mu...Peliharalah kedua ibu bapaku..keluarga ku, para sahabatku dan mereka yang pernah singgah dalam hidupku di bawah naungan kasih sayang dan rahmat Mu wahai Yang Maha Pengasih...hanya Kau Yang Maha Mengetahui...Terimakasih atas kasihMu padaku...Terimakasih atas lindunganMu pada diri ini..Terimakasih atas hadiah kehidupan yang telah Kau berikan pada ku.... Terimakasih ya Allah..Terimakasih...
Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua
Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu
Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini
Teman
Betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhai
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan
Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu
Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga,
Tuhan berkatimu
Hadith Palsu Bulan Rejab & Sya'ban
Artikel ini merupakan Himpunan penulisan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang terdahulu dicadangkan untuk bacaan bersempena bulan Rejab.
Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.
Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.
Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya. Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani.
Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).
“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).
Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat berat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. adalah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya.
Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya. Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. sama ada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai al-hadis.
Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadis palsu ialah: “Hadis yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, ia tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi ‘Ulum al-Hadis, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu‘asarah, Beirut).
Perbuatan ini adalah jenayah memalsu ciptakan agama, kerana Nabi adalah sumber pengambilan agama. Seperti seseorang yang memalsukan pasport di atas nama sesebuah kerajaan. Ia sebenarnya melakukan pembohongan dan jenayah terhadap kerajaan tersebut.
Kedudukan Nabi s.a.w. tentunya lebih besar dan agung untuk dibandingkan. Oleh itu dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w. menyebut: “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) dalam mengulas hadis ini: “Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi s.a.w. dan semua jenis pendustaan ke atas baginda.”
Mendengar
Maksudnya: “Jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku)” (rujukan: Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, jld 1, m.s. 270, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut).
Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram.
Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya.” (Ibn al-Salah,‘Ulum al-Hadis, m.s. 98)
Misalnya di tanah air kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Syaaban maka hadis-hadis palsu mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”
Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.
Ibn Jahdam meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-‘Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut).
Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi).
Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka.
Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah. (Ibn al-Salah, ‘Ulum al-Hadis, m.s. 99)
Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa pula, ada menjadi ejen menyebarkan hadis-hadis palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w.
Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu).
Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).
Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).
Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”
Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.
Ibadat
Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.
Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut). Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati.
Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Justeru, hadis-hadis palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen. Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal seperti ini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yang bukan-bukan.
Dengan menggunakan nama agama segala rekaan baru dibuat untuk kepentingan diri dan kumpulan. Islam tidak pernah memberi kuasa kepada golongan agama, atau sesiapa sahaja untuk mendakwa apa yang dia suka kemudian menyandarkannya kepada agama. Agama kita rujukannya ialah al-Quran dan al-sunah yang dipastikan kesabitannya mengikut yang diputuskan oleh para ulama hadis. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis).” Mereka hanya membaca hadis apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadis tersebut.
Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya. Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah. (Abu Syahbah, al-Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-‘Arabi, Kaherah).
Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.
Hadith Rejab Bulan Allah, Sya’ban Bulan Nabi
Wallahu'alam
Nur Kasih

Penggambaran dibuat sekitar KL, UIA, Middle East..Australia..huh..tempat-tempat yang aku suke..hiks... hai..menyesal gak tak terima tawaran UIA dulu..kalau tak boleh la tumpang bangga...ngeh ngeh ngeh...
Apa itu SLE...
Systematic Lupus Erythematosus is a chronic, auto immune disease of unknown cause where the patient makes large quantities of blood proteins called anti-bodies that react against the person’s own tissues.
History
Lupus is the latin word for wolf. Erythematosus means red rashes. In 1851, Dr. Cazenave discovered red rashes on a patient’s face that looked like wolf bites. He named the rash Discoid Lupus Erythematosus.
In 1885, Sir William Osler recognised that many people with lupus had a disease involving not only the skin but many other organs or systems. He named the disease SLE (Systematic Lupus Erythematosus).
Types of Lupus
Discoid Lupus Erythematosus
• Only involves the skin
• Doesn’t spread to other organs
Systematic Lupus Erythematosus (SLE)
• Can spread to other organs
• Can cause death
Statistics
SLE affects mostly women and less men to the ratio of 10 to 1.
10% of SLE sufferers are men and children.
Most women with SLE are in the range of 15 to 50 years old.
Ratio of SLE sufferers :
In the West, among Afro-Carribeans - 1:250-500 people
US - 1:2000 people
China - 1:1000 people
In Malaysia, it is estimated that there are 10,000 SLE patients. However, PSLEM estimates that this is only the tip of the iceberg and that there are many SLE sufferers who are unaware they have the disease.
Is my glass half full or half empty?
Aku pun tak terkecuali...ada masa sedih or merungut at something yang kita takde and adore something yang orang lain ada or terima...
Sebenarnya kan...apa-apa pun yang kita lihat best pada orang lain tu tak semestinya best jugak untuk kita kalau kita ada bende yang sama...sebab tulisan hidup masing-masing berbeza...Apa yang dimiliki oleh orang lain adalah meant untuk orang tu and kalau kita study balik diri kita...we also have something yang orang lain envy...hehehe..apa bende tu?? Oooo that's for you to discover...
In short it's more on how you perceive your life....either it's half full or half empty...hakikatnya takkan mungkin kita boleh dapat semua benda yang kita nak dalam dunia ni...memadai dengan kita make the full use apa yang kita ada dan peluang yang kita miliki...kalau kita rasa kekurangan..nah orang lain pun sama sebenarnya....
In fact life is too short for us to worry about perfection...Yeah true...sometimes kita kehilangan sesuatu dan itu amat menyakitkan but bear in my mind..nothing last forever in this universe melainkan Allah...dan bila Allah ambil sesuatu dari kita dan kita redha...insya'Allah ia akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik dari itu...that one for sure...
Setiap sesuatu yang datang adalah hanya untuk seketika...if you sad, it wont be forever...and if you're happy..make sure you enjoy every single moment of it...mengenang perkara pahit itu adalah lebih mudah kerana syaitan akan sentiasa cuba berbisik untuk menyesatkan hati kita supaya terus menyimpan amarah dan dendam serta kurang bersyukur....tapi melihat kebaikan seseorang lebih daripada kelemahan dan kesilapannya adalah sifat mahmudah yang di cintai Allah...Aku lebih suka mengenang kebaikan kerana itu menenangkan aku..Does it mean people have never done wrong to me.? Definately no...but I choose to remember the good things as it brings peace and harmony in life...moreover, aku sendiri pun bukan perfect...aku pun banyak buat silap dalam hidup..so kalau Allah boleh ampunkan hambaNya...siapa sangat la kita ni sebagai hamba yang kerdil dan lemah nak memanjang manjangkan bende yang negative... Therefore, jangan la terlalu banyak mengira-ngira atau mengenang kesilapan orang lain kerana diri kita sendiri pun sebenarnya sedang di hitung....
For me..aku bahagia dengan diri aku....I've gone through so many things in life and Alhamdulillah I've gotten so much too...What is happiness..? What is fulfilment? What is enjoyable? It depends on the yardstick that you've put as your measurement...yang penting setiap saat tu live life to the fullest..jujur dan adil lah pada diri sendiri dan orang lain... Then your glass will always be half full...
Ujian itu adalah tanda kasih Allah pada kita supaya sentiasa hampir padaNya...So, ingatlah...kalau kita risau tentang sesuatu yang kita takde or jika kita berada dalam permasalahan yang berat...cuba try hitung nikmat Allah yang dah kita dah dapat sebelum tu and banyak mana pula kepatuhan kita sebagai hamba yang boleh melayakkan kita menerima nikmat sebanyak itu...
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"
What's In My Mind Now?

I just cant help it...tapi aku memang giler banget kat movie movie fantasy and full of action camni... >:p
No . 2

Working on it..insya'Allah will get one soon.... ;D
Where is the LOVE?
Yo yo yo!!!! Whazzup ya...bro and sista..? Hehe...Hope you guys in a good mood today...yang sedih tu..cuba cuba la bawak diri ceria....seriang mentari di pagi hari....yang sakit pi la makan ubat...yang tak sihat pi la rawat diri....yang malas....Fuh! Masalah besar tu..satu kerugian pada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara!!! Come on! Move up you butt ...pi la jogging ke...senam robik ke....kemas rumah ke...Before that....let me explain a bit...'LOVE' stands for :
L - Living
O - Our
V - Core Value (Customer Focus, Respect, Innovation, Teamwork & Quality Service)
E - Everyday
Helloooo...Ini bulan Rejab laaaa....
dalam versi sabah "Ko sudah beli kain untuk baju raya ka..? ...Siapa ko suruh jahit nanti..?"
atau pun..dalam versi KL..
"I dah beli kain dah last weekend...nasib baik sempat...ramai orang tak ambik tempahan dah..."
Napelah takde orang yang tanya aku..."Ko dah start puasa Rejab tak...? Bila ko nak start..? Aku nak join sekali..."
Renung-renungkanlah....
I feel coooool.......

Could it be because of doa kau, aku, dia dan mereka didengar Yang Maha Pengasih dan Penyayang….? Apa pun…gratis…terimakasih untuk segala ingatan dan doa…
Saat aku merasa lapang begini…ada satu jiwa di sana yang sedang menahan sakit…moga kau segera sembuh dan tersenyum semula…betapa besar pun kesukaran yang ku hadapi..masih tidak boleh menandingi dugaan yang kau tempuhi…You really have a strong heart and soul my friend…May Allah give you all the strength to go through the days….
Esok hari Jumaat..Penghulu segala hari…and on Saturday aku kena attend a course…LOVE program…aik! Sejak bila pulak bank ngajor staffnye bercinte…ngeh ngeh ngeh!!! Nantikan laporan penuh ahad nanti…
Aku sebenarnya teringin nak nengok Ice Age 3…tapi jadual pack laaa…! Apa pun….when there’s a will, there’s a way….
Kenapa Allah Tak Bagi?
Recently..tahun ni la kan..aku di approach oleh ramai kawan untuk buat Direct Selling..MLM gitu....Secara dasar...nampak nothing wrong kan..? Business barang barang halal..kopi...water filter..etc...dapat cari member ..dapat la komisen...company pun dah bagi sijil halal untuk produk..everything seems perfect...
Then check niat..insya'Allah niat pun baik...nak cuba meniaga sendiri...tambah income..untuk keluarga dan agama...orang lain buat bagai nak rak....banyak dapat income...bonus etc...but aku pulak..semacam banyak halangan...busy la..kalau tak keje...acticity luar...family etc..memang takde masa nak promote kat orang...kalau ada pun family terdekat and dapat la setakat jual water filter tu...
Then hati aku berbisik..iskh...nape la Allah macam tak izin je aku buat business ni..apa salahye eh..bukannya tipu orang....barang barang halal...nape susah benar nak jalan eh..?
Subhanallah! Kawan-kawan...dengan izin Allah..aku sampai di satu website....dikendali oleh Ustaz Zaharuddin..salah seorang penasihat syariah kewangan, perbankan dan ekonomi yang terkenal di Malaysia ni...dia ni memang strict dan reliable... our bank pun pernah menggunakan khidmat dia dulu...
Rupa-rupanya MLM tu ada unsur-unsur syubhah dan unsur haram...terutama yang aku dah join ni...Masya'Allah....memang di luar jangkaan sama sekali...ada jugaklah orang orang yang cuba defend status kehalalan aktivity niaga diorang tu..but aku pegang satu...menuntut ilmu biarla dari orang-orang yang benar benar berilmu..Agama asasnya Al Quran dan Hadis..bukan logic semata mata... lebih lebih lagi bila dah gila duit...dengan sesuka hati orang boleh membuat tafsiran ke atas ayat ayat Al Quran untuk comfort...
Teringat sesuatu..dalam doa aku selalu memohon..."Jika apa yang ku lakukan ini sesuatu yang baik untuk ku, keluarga ku, dan agamaku..maka permudahkan..jika tidak..maka pelihara lah aku dari siksa api neraka..."...
Semoga Allah mengampunkan segala dosaku kerana kejahilan ku seketika itu...maafkan aku jika aku tlah tertinggal syukurku...
Feeling Good
Better Tomorrow
"Wink at small faults, for you have great ones yourself" ~ Scottish Proverb


