Kiblatku

Sejauh mana pun ku lari
Menggapai hasrat yang terpendam
Biar berkali rebah ku bangun
Walau payah
Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinarilah kiblatku

Keringat diteman embunan
Kicau unggas turut berdoa
Purnama bagai tenangkan perang
Di dalam hati
Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinari lah kiblat ku

Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada Mu
Hanya satu...

By : Hazami

Di Rumah Ketenangan...

Sekitar Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (28hb March 2009)

"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk." (Surah At-Taubah : Ayat 18)

What a Day...

+/-6.00am : Big test for me..my blog turn blackout….arrghh! I dunno what happened...last nite I did something to the layout..and this morning all gone..luckily I did back up the ori copy in my hard drive…tapi tak semua aku boleh restore..to those yang follow my blog...ampun pak..ampun neng...my humble apology..bukan saja nak delete korang..masalahye..banyak lagi gadget aku yang ilang and have to restore…so kalau ada masa, sila lah update diri anda diruang-ruang penyimpanan yang sepatutnye….

9 am : Met developer’s contractor at site…They need to fix all the cracks and leaks on the wall of my new house..I dun understand. They’ve just completed the house 5 – 6 months ago and yet the house already cracked and leaked here and there…Poor contractor..temperature kat luar hari ni amat panas..so kena lagi nampak workmanship yang teruk camtu, habih dia kena taruh ngan aku…lama betul aku tak marah orang camtu…after took pictures as evidences..completed report..then aku blah..another appointment waiting..supposed to be 10:30am..but aku keluar dari site pun dah 11:00…cian orang tunggu aku..

11:30am : After rushing and drive about 100km/hr (kat KK ni kira dah laju bangat nih)..i reached the venue..kesian mamat tu dah kering tunggu aku…he passed me his resume…asking for assistance to find him a suitable job…after discuss hati ke hati…then dia pun dah semangat sikit…aku rush lagi untuk another appointment..

12:30pm : Hah..yang ni lunch appointment..potential business deal ngan new prospect…aku rase aku order makan tu banyak..tapi tah kemana mana makanan tu..aku tak rase pun dalam perut aku ni hah…dah Bismillah k…after chit-chat for a while…we saw some light at the end of the tunnel…

Then, aku dah kena rush lagi pi wedding anak kawan aku/ex classmate…hehehe…aku sendiri tak kawin lagi…anak kawan aku dah kawin…waduh..cabaran besar ini!!!..aku janji nak sampai rumah dia jam 2pm….but I left the restaurant pun dah 1:45pm lebih kurang..addehh…speeding lagi…

2: 10pm : Sampai rumah kawan aku yang sepatutnya join aku pi sekali….dia pulak tengah atur staff dia yang patut ke site untuk buat maintenance landscape..last minute arrangement…adduuhh..rase nak menjerit…but what to do…kami sama sama faham keje masing masing…dia pun dah nampak muka aku nak jadi monster..cepat-cepat settle and GO!...and it was 2:40pm roughly…

3:15pm : Baru sampai rumah pengantin…hehehe…member dah nak keluar belalai merajuk kat kitaorang..haih..nak buat camne…cari makan punya hal…

And guys, believe it or not…dalam aku rushing sana sini tu..aku sempat singgah amik gambar kat masjid…nanti aku upload eh…

The lesson is, masa itu amat berharga and sekiranya dirancang and ditadbir dengan baik..memang banyak benda kita boleh accomplish dalam hidup ni... dan insya’Allah hidup akan lebih diberkati jika kita sentiasa ingat 5 perkara sebelum 5 perkara…


“Men have never planned to fail, but they've always failed to plan..”

Ok..gotta go kejap..jom tutup lampu ramai-ramai!!!! Sayangi bumi kita!!!