Fahami Kontrak

You guys biasa terlibat dalam perjanjian / kontrak bertulis tak? OK..pada yang masih tak biasa tu…well, just take note that in any transaction that we want to engage, there’ll be a binding contract between us and the other party..

Tak kira la…kontrak pinjaman dengan bank ke..kontrak pinjaman untuk study kat uni ke…any kind…A contract can be as thick as 1 feet tall or can be as simple as less than 5 sentences..

Kenapa aku bercakap pasal topic ni pulak ni?? K..this afternoon aku sebok ngan bebudak pejabat organize satu seminar…and masa tu aku sempatlah berkenalan dengan sorang officer dari salah sebuah organisasi kewangan di Negara kita ni…comel budaknye…so aku pun as usual memang terkenal dengan keramahan dan kefriendliness aku ni pun cubalah memulakan bicara :

Aku : U dari XXXX cawangan mana?? KK eh??

J : Nope..KL…kat sini 3 hari je..maybe esok balik..hehe

Aku : I see..dah lama eh keje ngan diorang?

J : Baru je..about a year...i dulu diorang punya ex-scholar..

Aku : Wow!! Boleh tahan...sure student elit.. Study kat mana dulu?

J : Menchester.. :-)

Aku : Fullamak….Amik accounting eh??

J : Err..tak…Electrical Engineering…

Aku : What??!!!! I salah dengar ke ape nih… Then what on earth are you doing here…? This is not your major..

J : Hehehe…I tahu…nak buat macam mana…I dah sign contract ngan diorang..bonded with them for 10 years..

Aku : Apa??!!!! 10 tahun…mak oi!!...You tau tak..kat luar sana tu…for major cam u ni..gaji starting at least RM10K – RM20K!!! Arrghhhh!!!!

J : I know…I tahu …nak buat camne…kalau I nak keluar dari XXXX I kena bayar half a million…salah I jugak dulu…masa tu I baru lepas form 5…I sign contract ngan diorang I tak baca betul-etul…dah excited…main taruh je…sekarang ni padan muka…ada member-member I dulu lari tak bayar…tapi kesian kat parents aaaa..sebab diorang kan guarantor…

Aku : Oh man!!! This is a very expensive mistake my dear…way too expansive…just hope you can find a proper way out later on…

J : Insya’Allah..tu la tengah fikir camne manfaatkan apa yang dah ada…hehehe

There you go…disebabkan insiden di atas la aku terpanggil untuk membuat entry ni…My advice to you all….sebelum sign apa-apa dokumen…sila la baca dengan teliti isi kandungannya...jangan gopoh…kalau tak faham..cuba dapatkan nasihat dari mereka yang berpengalaman…atau suruh peguam/ pegawai yang berkaitan untuk menerangkan satu persatu berkenaan syarat dan terma yang diletakkan dalam dokumen tu….Ambil perhatian lebih jika ada ayat-ayat bercetak halus di hujung atau akhir dokumen…..

Tak perlu sign masa tu jugak..no need to get too excited….you can ask for a copy untuk bawak balik dan baca semula berulang kali ..bagi faham berabesss then baru sign..kalau tak..jika ada apa-apa berlaku dikemudian hari dan kita pulak tak perasan syarat-syarat yang ada..memang kita akan mengalami kerugian…

So, those yang pikir-pikir nak amik pinjaman rumah, kereta atau untuk melanjutkan pelajaran..sila ambil perhatian dan berhati-hati sebelum menurunkan tandatangan atas apa jugak jenis dokumen…

Adioss!

Puisi Dari Teman

Teman...

Ku harap masih panjang waktu
untuk ku tunaikan hak terhadapmu..

Ku harap masih panjang waktu
untuk ku gembirakan dirimu..

Ku harap masih panjang waktu
untuk ku zahirkan kasihku..

Namun...Tidak ku tahu bila...

Andai sesudah ini..
lisanku tidak boleh berkata lagi..

Andai sesudah ini..
dadaku tidak berombak lagi..

Andai sesudah ini..
nafasku bukan milikku lagi..

Ku ingin berpesan buat diriku dan dirimu..

Ukhuwah memang indah..
Tapi ukhuwah lebih payah...
Menuntut pengorbanan..
Menggugat kesabaran..
Menduga iman..

Maaf untuk itu, dan untuk segalanya..

~Nukilan : Cahaya Ilahi - 23 Safar 1430 Hijrah~

Baru Aku Tahu...

Salam…Aku ni ketinggalan zaman sikit rasenye…I just found out that I was born on 26 Rejab…hehehe…Terjumpa Calendar Converter.. So, ini adalah sebahagian daripada perjalanan hidupku.

Born on 26 Rejab 1394Hjr

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.


KELEBIHAN BULAN REJAB

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur dengan bercahaya dimuka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

15. Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

16. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

26. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

27. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim).

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya

REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

Islam daawah.com

Monologue Pagi Yang Dingin

Ada masanya kita perlu berhenti sejenak dan berundur setapak untuk melihat sesuatu dengan penglihatan yang lebih luas dan jelas…Demi mempelajari apa juga hikmah dan message yang ingin disampaikan oleh yang Maha Kuasa pada kita…

Ada masanya kita perlu diam dan pejamkan mata sejenak untuk bisa mendengar apa yang ingin dibicarakan oleh hati…apa yang ingin dibisikkan oleh iman…

Ada masa kita perlu melihat mereka yang berada di bawah demi menghargai apa juga yang kita miliki pada tika dan saat ini…Hidup walau sukar...jiwa walau getir...mimpi walau sekelumit...kenangan meskipun pahit...kemampuan untuk melangkah walau perlahan…penglihatan walaupun kabur…pendengaran walau tidak sempurna…Mana mungkin kita bisa jadi sempurna kerna kesempurnaan adalah milikNya yang mutlak…Namun pada sisa tenaga yang ada...sesungguhnya kita masih mampu untuk mencuba menjadi yang lebih baik dari yang semalam…

Tariklah nafas sedalam mungkin…pandanglah sekeliling dengan syukur…senyumlah pada diri dan alam seikhlas mungkin…kerna sesungguhnya alam akan tersenyum kembali padamu…dan itulah saat yang paling indah…yang bisa mungkin membuat kamu ingin terus hidup dan meneruskan perjalanan ke destinasi yang hakiki…

Elegi Esok Pagi

Izinkanlah kukecup keningmu
Bukan hanya ada didalam angan
Esok pagi kau buka jendela
Kan kau dapati seikat kembang merah

Engkau tahu aku mulai bosan
bercumbu dengan bayang-bayang
Bantulah aku temukan diri
Manyambut pagi membuang sepi

Izinkanlah aku kenang sejenak perjalanan..
Dan biarkan kumengerti
Apa yang tersimpan dimatamu...

Barangkali di tengah telaga
ada tersisa butiran cinta
dan semoga kerinduan ini
bukan jadi mimpi di atas mimpi

Izinkanlah aku rindu pada hitam rambutmu...
Dan biarkan ku bernyanyi
demi hati yang risau ini...

Barangkali di tengah telaga
ada tersisa butiran cinta
dan semoga kerinduan ini
bukan jadi mimpi di atas mimpi

Filsafat 90/10

Hait!...hehehe..aku belajar perkataan ni dari seseorang….antara favourite words dia la ni…Well, petang ni nak bawa mama and abah pi picnic kat pantai..Wohooo…Dari kecil aku memang suke pi tepi pantai tapi masalahnye aku takut berenang kat laut…nak masuk air mesti ada abang aku…aku kena pegang dia kalau tak aku tenggelam..hehehe…ya ya..even dah sampai umur aku macam ni…aku masih manja ngan abang-abang aku…jangan jeless eh….hiks3..

By the way..ni bukan topic yang aku nak ukir dalam blog aku hari ni…aku nak bercakap tentang Falsafah 90/10….Apa tu..? Meh sini nak criter….

Falsafah ni penting sebab ia mungkin akan merubah persepsi anda tentang kehidupan and maybe it can bring us to another different level of thinking from where we are now…Menurut falsafah atau filsafat ini…hanya 10% daripada kejadian dalam hidup kita ni ditentukan oleh external factor manakala the big chunk of 90% adalah ditentukan oleh diri kita sendiri…Bagaimana? Melalui cara kita memberi tindakbalas pada persekitaran atau sesuatu yang berlaku ke atas kita…

Contohnya, on the road, kita memang takleh nak control lampu isyarat punya change color...tapi kita memang confirm boleh mengawal tindakbalas kita terhadap lampu isyarat tu…Merah means kita kena stop kan..but some people choose to ‘pecut’ selaju mungkin…dan akibatnya mungkin kita akan accident…mungkin kita akan mati…then mungkin keluarga kita akan hilang tempat bergantung dan kemudian anak kita mungkin akan terjebak dengan gejala social kerana kehilangan ibu bapa untuk membimbing mereka…

Tapi katakana la kita choose untuk stop..insya’Allah kita akan selamat…kita masih hidup..keluarga kita masih ada tempat bergantung….and anak-anak kita mungkin akan cemerlang dalam hidup kerana masih ada ibu bapa yang memberi perhatian dan membimbing mereka….

See…Two different scenarios. Both started the same. Both ended different. Why? Because of how you REACTED. You really do not have any control over 10% of what happens. The other 90% was determined by your reaction.

Here are some ways to apply the 90/10 principle. If some says something negative about you, don’t be a sponge. Let the attack roll off like water on glass. You don’t have to let the negative comment affect you! React properly and it will not ruin your day. A wrong reaction could result in loosing friend, being fired, getting stressed out, etc.

Assuming you are told you lost your job. Why lose sleep and get irritated? Insya’Allah it will work out. Use your worrying energy and time into finding another job. Do not get stress out coz it will only make things worse.

Makanya, jika ada masa member-member kat office or kat sekolah tu buat hal….relek jer…buat tak tau…be cool..lama-lama diorang akan berhenti and respect you because of your professionalism…Kita mungkin susah nak ubah orang…but we can always have a full control over ourselves and determine the next course of action to turn the negativity into our favour…pada yang taknak berubah tu...sendiri mau ingat la eh....ngeh ngeh ngeh

Cheers!! ;-)

Doa Buat Khan Younis

Khan Younis merupakan salah satu daripada kawasan penempatan pelarian Palestine di Semenanjung Gaza yang turut menerima serangan dasyat dari tentera rejim Zionis pada December 2008. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka yang syahid/ terkorban.... dan untuk mereka yang masih bernafas melalui saat-saat getir, semoga Allah terus memberi kekuatan dan melindungi mereka dalam rahmat dan kasih sayangNya.

Al-Fatihah.

For more info on Khan Younis, kindly visit the following sites :

Khan Younis ~ Wikipedia
UNRWA
Webgaza
Utusan Malaysia Online

Cerita Disebalik Sekeping Mini Poster...


Salam kejiwaan..salam ukhuwah...salam damai untuk dunia...

Pagi ni memang dingin sangat..aku jenguk kat luar tingkap bilik..wahhh masih nampak kabus di lereng bukit...Sungguh tenang dan damai sekali...inilah nikmat ciptaan Allah...Sang suria sedang cuba bangkit menunjukkan senyuman nya....owh..! Did I say 'senyuman'? he hehe....Persis dengan mini poster yang comel di atas...Credit untuk Erisya coz actually i copy the above dari blognye...harap halal ye beb...

Nape aku tertarik ngan poster nih...? Hmm..aku terfikir...sememangnya banyak yang boleh diceritakan dari sekeping poster atau gambar....This is what we call a 'perception'...a point of view...ada orang memandang tapi dia tidak melihat...huh..macam mana tu...hehehe..kalian cuba-cuba la fikir sendiri eh..Nah! Secara peribadi... ini apa yang bisa kuceritakan dari poster ini..


Senyuman : Seperti quote di dalam poster comel tu, it's infectious...and my other friend used to comment... "it's contagious but healing" ...Hati yang sedih dapat diubat dengan senyuman...Luka yang berdarah dapat dibalut dengan senyuman....tapi yang pastinya hanya senyuman ikhlas yang bisa merobah dunia kerana senyuman ikhlas itu lahir dari hati yang luhur...Keluhuran ini lah yang mengubat kesakitan sebenarnya....Do you know that you can also smile in your 'sentence' (without literaly type the word *smile* or using emoticon) ..and orang yang membaca ayat tu akan tersenyum sendiri bila membacanya...? In fact we can actually exchange smiles even without seeing each other physically...that's why we have such as "smiling voice"...Subhanallah!! Senyum tak dibalas?? Takper....senyum je sebab nak senyum tu tak kena duit atau toll pun..Ni bukan Samy Vellu punya jurisdiction so don't worry...dapat pahala lagi ada sebab senyum itu juga sedekah...


Friendship : Dari senyuman bisa lahir ukhuwah...persahabatan..persaudaraan..kasih sayang..tanpa kira rupa ..tanpa kira bentuk...tanpa kira batas usia...A friend can raise us up and a friend can also pull us down...So, bersahabatlah dengan orang soleh kerana itu juga pengubat hati...Doakan sahabat...jangan tinggalkan dia dikala dia berduka....cherish the success together...and hargai sahabat seadanya...Because people come and go in our life, some come for a season, and some come for a reason..whatever it is, friendship and love shall remain...


Inspirasi anugerah alam : Nampak dua ekor orang utan tu..? Mengingatkan aku kepada alam semulajadi yang semakin terancam...I just wonder...perhaps 5 or 10 years from now, would I still be able to enjoy the morning mist outside my house?? The small stream behind the kitchen...The beautiful songs of birds...and the cooling breeze that enter my room...?? Masih mampukah aku berkarya dari bilik kecil ku ini..?? The mother earth is getting older..we have taken so much from her and yet have given back soooo little... aarrgghh...I should contribute more to help....biarla sumbangan itu kecil but berpanjangan...Insya'Allah


Warna Kuning : Hah!! Sure ada yang straight away fikir...Perak dan Institusi Beraja...Isu hangat kan..well, let's put it this way....Manusia diciptakan Allah adalah untuk menjadi pemimpin di atas muka bumi ni...Apa-apa saja yang dilakukan atas dasar Al-Quran dan Sunnah Rasulullah sudah pasti akan berakhir dengan kebaikan...jika selain dari itu...pasti akan menemui keruntuhan...Ikhlas kah para pemimpin kita?? Wallahualam...Yang pasti, sebagai rakyat kita sebenarnya perlu berikhtiar untuk memperbaiki keadaan dan selemah-lemah iman adalah membenci setiap kemungkaran itu dengan hati...Jangan benci individu...tapi berdoalah untuk dia supaya Allah memberi hidayah kepadanya agar dapat memimpin dengan baik dan adil...Doa yang ikhlas sudah pasti akan didengar dan diterima oleh Allah...


Seni : Apa maksud aku dengan seni??? Nak hasilkan poster perlukan seni sebenarnya...dari segi gambar...warna..susunan ayat..semuanya adalah seni...Bidang kesenian amat luas..dari lukisan, photography....pentas, muzik dan lakonan...semua ini adalah cabang seni...adakah seni itu salah?? Seni juga anugerah Allah dan jika dilakukan berdasarkan peraturan Allah sudah semestinya membawa hasil yang berkah....Tapi bila bercakap tentang dunia seni tanahair, tak dapat tidak kita pasti memikirkan gosip, perceraian, khalwat, dadah, dan bermacam isu negative lagi...which is wrong actually...Kalau tengok rancangan kat TV tu...lebih banyak negative dari yang positive....Makanya, ceritera atau asas seni yang luhur berpandukan Al-Quran dan hadith itu perlu dipupuk dari alam kanak-kanak...insya'Allah generasi seni yang akan datang bisa jadi lebih mantap dan berkarisma...dan output nya juga akan lebih berkualiti...


Dan yang akhir sekali, persepsi dan interpretasi : hehehe...nah gitu ceritanya....bila melihat sesuatu perkara, setiap orang akan melihat dari sudut yang berbeza...ada orang yang akan membaca poster ni on a face value only...apa yang ada disitu itulah dia...tapi ada juga orang yang akan melihat sesuatu itu lebih dari apa yang ada...pemikiran kreatif dan kritis...melihat sesuatu pada skop yang lebih luas dari ruang lingkup yang ada....thinking outside the box...enlarge your lense...look at the bigger picture...sentiasa mencabar diri untuk explorasi...look at the obstacles not as a problem but as a challenge and opportunity....Jangan melihat kelemahan sebagai kegagalan, tapi lihatlah kelemahan itu sebagai satu ruang baru yang perlu diteroka agar dapat dibaiki dan dimanfaatkan...Jangan berhenti kerana cakap-cakap orang sebab itu adalah kerugian yang amat besar bagi diri kita...Ubah segala kritik itu sebagai check and balance dalam hidup...listen more and talk less, look carefully and think wisely...In life we can always choose dan decide...Negative or positive..it's all up to us...

Cerita Planet Nibiru @ Kisah Di Akhir Zaman

Salam…entry kali ini di petik dari sebuah e-mail yang diterima dari seorang sahabat…nah kesahihan cerita ni tidak dijamin…Makanya anda dinasihatkan untuk sama-sama membuat kajian tentang apa yang diutarakan dalam petikan ini…Jika ada maklumat terkini..sila lah kongsi bersama eh..

Walaubagaimanapun, perkara pokok yang nak disampaikan ialah kita hendaklah sentiasa bersiap sedia terhadap segala kemungkinan…semakin menginsafi segala kesalahan dan cuba memperbaiki diri, cuba memenuhi segala perintah Yang Esa dan menjauhi segala laranganNya kerana sesungguhnya dunia ini semakin uzur dan masa semakin suntuk…Pabila tiba waktu, kepadaNya lah kita akan kembali…


“Apakah ada kaitan dengan fenomena bulan senyum dan 2 bintang malam??

Oleh itu, BACALAH DENGAN NAMA ALLAH.

Wallahu'alam.

Sekadar renungan dan iktibar...

Ust.Harun Din .. korang kenal kan ?? dlm ceramah dia,ade mmbace sbuah artkel yg mncritakan bhw dunia ni da nk kiamat ... planet mrikh (planet ke4 n plg dekat ngan bumi) tlh mngalami psingn yg tbalik pd bln sept lpas. maknenye ... planet yg dkat dgnnye jgak (bumi la) akan brtukar arah prgerakan dia gak. maka pd saat tu akn terjadi kjadian mthari tggelam sblah timur. (tnda2 bsar kiamt)...ingat, matahari terbit sbelah barat, pintu taubat da ditutup. x de harapan daa laa!! maklumat ni gak tlh dhentikan pnyebrannya oleh NASA krna akn mnguntungkan pihak islam. tolong sebarkan ye tuk kmaslhtn kiter bersama... wassalam (sebar la bnde nih wehh smentara ade mase)

Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..so sama2 kita nantikan...

mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paper bulan februari, kosmo, BH n lain2)

Untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat youtube (nak forward besar sgt)..benarlah kata2 RASULULLAH satu ari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR

lain-lain artikel tentang kiamat.....

Kajian... ALLAH je mengetahui.. ..
Assalamualaikum .....

* a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun...sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah.... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066...

* b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.....

* c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007.... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa..... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066...

* Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. K iamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula....aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.. Wahai saudara2, shabat2 dan teman2 bacalah email ini dengan mata hatimu... Baca dan FAHAMI & DALAMI lah AL-QURAN panduan hidup bahagia dunia hingga akhirat.

TOLONGLAH DALAMI MAKSUD SURAH ASY SYAMS, insyaAllah pintu hatimu akan terbuka, kerana Surah ini merupakan sumpah Allah.

Hamba hanya menyampaikan apa yang hamba tahu, sesungguhnya Yang Maha Mengetehui itu adalah Allah kerana itu adalah salah satu daripada sifat-sifatNya yang 99 itu. Kita sebagai makhluknya yang merupakan khalifah di muka bumi ini sesungguhnya mempunyai sedikit percikan daripada 99 Sifat-Sifat Allah itu. Jika kita makhluknya melanggari 99 Sifat-Sifat Allah itu sesungguhnya kita telahpun melanggari perintah Allah itu sendiri. Sesungguhnya kata hati yang berdetik hanya sekali itu adalah amat benar datang daripada Allah. Apabila hati kita itu banyak kata-kata mengiakan atau menidakkan apa yang terdetik sekali itu, maka itu adalah nafsu kita sendiri dengan diikuti oleh bisikan syaitan yang direjam
. "


Link lain tentang Planet Nibiru : Is Nibiru Approaching?


Side effect...addoiii....


Korang pernah dengar tak about Alpha Lipid Lifeline (With added Colostrum)...Mana yang tau tu aku takyah nak elaborate la eh..yang belum tau..you guys can go to this site...

So aku baru cuba la bende nih...Almaklumlah...umur makin meningkat...banyak parts yang kena maintain and improve balik...Actually dari kecik aku ada masalah kat lutut...everytime musim hujan or sejuk..lutut aku akan jadi amat 'ngilu' (bahasa Sabah..bahasa KL tak tau pe..)..Bole jadi sampai nangis-nangis tu...so abah la tukang urut aku...sampai la aku high school..benda ni on and off sat...maybe sebab nakal yang teramat so tak ingat sangat yang aku ni sebenarnya ada penyakit..

Walaubagaimanapun...aku masih tetap careful sebab anytime tempurung lutut aku boleh terkehel..hehehe...Asal salah pusing or jalan..dia akan terdislocate sedikit dan sakitnya..ya ampun...tuhan saja yang tahu...infact kebanyakan sendi kat badan aku ni boleh dislocate dengan mudah...But, still aku suka sports..hoki and anything yang main tendang-tendang, tumbuk dan sebagainya adalah kegemaran aku...but due to my 'defect' coach selalu tak bagi aku buat yang teruk-teruk...kurangla challenge..but masih boleh main laa...

Teringat masa kat uni dulu...aku terjatuh sebab terpijak 'black ice'...pergelangan tangan aku dislocate...masa doktor tarik nak betulkan....huhu...menangis sampai air mata pun dah taknak keluar....addehhh...gara-gara nak beli bunga untuk housemates aku...last-last..diorang yang beli bunga untuk aku and siap tolong pakai kan aku seluar sebab tangan kena sling, takleh nak zip seluar...hehehe

As time goes by, umur dah menjangkau lebih dari suku abad, kesakitan tu bertukar kepada bentuk lain...aku jadi susah nak turun tangga or turun dari mana-mana tempat yang tinggi yang membuatkan lutut aku kena tampung berat badan aku ketika turun...setiap kali turun, lutut aku akan rasa berbunyi..and sakit sangat...kadang-kadang aku rasa give up nak turun nak tangga and rasa nak menggelongsor je senang..

so, doctor advise aku maintain berat yang ideal or kurang dari itu sebab for every pound berat aku, lutut aku kena suffer 3 pounds of impact... Diorang suspect aku ada osteoperosis or athritis problem...but belum diagnose yang real lagi coz aku betul-betul takde masa nak pi run through all the procedures..

Then , a friend of mine introduce la susu ni kat aku..since aku memang teramat sangat suka minum susu, I dun have any problem to take this supplement...According to the write up insya'Allah susu ni dapat membantu improve balik condition sendi-sendi aku...hopefully..

Ni masuk hari ketiga aku dah minum...adalah withdrawal effect sikit..which is sakit kepala...dah nak masuk 3 hari aku headache tak baik-baik..aku nak makan panadol..takut kena marah...so aku kena tahan...aku cuma akan sakit pale camni bila aku minum coffee je...sebab tu aku jauhi coffee sesangat...aku kalau sakit pale mesti cepat temper...kesian budak office aku tadi kena marah dek aku..rase bersalah sangat..tapi takpe..dah pujuk balik...harap-harap dia tak simpan dalam ati..hehehe

Korang doakan aku eh....kita ikuti perkembangan selanjutya nanti...kalau benda ni tak betol..aku nak pi mintak duit aku balik..ngeh ngeh ngeh....

Gerhana Bulan 2009


Kira-kira jam 11:00pm semalam..aku dapat satu sms dari seorang teman...

"Salam. Malam ni akan berlaku gerhana bulan. Start 8.40p.m tapi kemuncak pukul 10. Bolehla amik gambar."

Alamak..now already jam 11p.m..gerhana mende lagik..hehehe...Anyway, i want to thank nurilahi for informing me...both of us selalu fascinated ngan fenomena-fenomena alam ni so always exchange info kalau ada pape yang interesting jadi..tapi semalam aku lewat balik and by the time aku check HP segalanya dah terlambat...huhu

I just hope next time Allah akan bagi aku peluang lagi untuk melihat keajaiban ciptaanNya.. :-) And aku kena pastikan aku dah ada kamera masa tu..pesal lah aku susah sangat nak decide mana satu nak beli nih..haih....

I hope you guys ada yang sempat Solat Sunat Khusuf eh...Jangan sebok meneropong or amik gambor je..hehehe

Pada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Gerhana Bulan 2009, boleh la melawat laman web Falak Online atau pun Time and Date.com ...

A happy thought...



Tahun ni aku akan melangkah ke angka 35..hehehe...cun kan nombor ni...Selama 35 tahun aku hidup...macam-macam aku lalui...merata tempat aku pegi....berbagai ragam orang aku nampak...


Life is so wonderful indeed...Ada masa aku menangis..ada masa aku gelak...senyum sendiri jangan cakap la...memang selalu..gilo ke apo...? hehehe Takdelah...I always love to have a 'happy thought' in my mind...especially keje cam aku ni...Everyday nak bagi semua orang satisfied/ happy...everyday kena penuhi permintaan orang...everyday kena jadikan sesuatu yang impossible into possible....kalau tak maintain 'happy thought' selalu...I can go insane actually...


But alhamdulillah..I've never been alone... somehow..somewhere..the good Lord is always watching over me...granting all my wishes...protecting me from the fierce business world....He consoles me when I feel sad...lift me up when I feel down....He sent me His angels...and awarded me with wonderful friends and family...a 'happy thought' can make you fly actually.... :-)


I have another 2 more weeks before I can start my new post in the other entity...It is really a challenging job especially under current economy scenario...I just hope Allah ease my path...lend me His hands so that I can fulfill my obligation satisfactorily...


Notwithstanding of the tough challenge that I might face soon enough, I feel very calm about it...positive and look forward for the whole new experience...That's purdy unusual coz banking has never been my favourite...but for once I feel that I 've made a right choice by joining this industry..especially when you talk about Islamic Banking...ahhhh...the sunrise industry...a greater space for learning experience and improvement.... Everyday is a fresh new day...that's definately true..hehehe


Maybe part of it because of 'her' presence in my life..I believe her thought and prayer strengthen me in a way or the other...I met her out of nowhere..but she taught my something valuable...to appreciate every single second that we have coz we'll never know what's gonna happen next...Endure life and forget about the pain...Pain can be controlled and pain can be managed...Keep on moving coz time is the essence...She doesn't have what other normal people have...yet she has everything what everybody need to keep on living but not everybody has it..determination and preseverance.....


Her favourite word is 'Sorry'..heheh...she's very sweet and gentle..she's just a student but she's also one of the best teacher that I've ever met coz she taught me lessons without 'teaching'... Whenever I did something wrong...she will just smile and just being her...For that I know it's time to learn and appreciate...


Thank you for adding another 'happy thought' in my life :-)

Lompat Si Katak Lompat!


Alhamdulillah..baru selesai lunch ngan abah and mama…sempat gak la jenguk TV kat luar yang sebok dok bincang pasal scenario politik di Perak sekarang…Aku terfikir, diorang ni dapat jadi ahli DUN atas kuasa diorang sendiri ke atau atas pilihan rakyat..?

Bukan ke rakyat yang diorang lobby suruh undi parti diorang dulu..? Bukan ke rakyat yang awal subuh lagi dah bangun beratur kat tempat mengundi untuk mengundi diorang…Rakyat yang rasa bangga bila bersalam dengan diorang kerana merasakan mereka telah pun memilih calon yang tepat untuk mewakili suara mereka di persidangan dewan dan membawa pembaharuan…Bukan ke itu manifesto diorang masa kempen dulu..tumbangkan parti lawan untuk bawa pembaharuan..But what happen now..?

Bagaimana dengan begitu mudah mereka boleh membuat keputusan untuk lompat kat tempat lain yang dulunya seteru mereka tanpa tanya rakyat setuju atau tak…Nape masa nak pilihanraya and mengundi dulu diorang sanggup masuk lubuk sana sini bagi explanation nape patut pilih parti diorang sebagai wakil and bila nak ‘tukar angin’ just call press and buat announcement camtu jer…?

Di mana demokrasi..? Ada tak terfikir perasaan rakyat yang dah undi diorang nih..betapa rase tertipunya mereka…haih…aku tak dapat bayangkan macam mana kecewanya para pengundi tu…Somehow I agree with Dr M.. orang-orang yang macam ni sebenarnya tak patut diterima sebagai pemimpin..macam lalang..takde pendirian…

Mungkin ada benar kata teman ku yang sorang nih… keputusan memilih pemimpin yang diambil melalui syura adalah yang sebaik-baiknya…Tak dapat aku bayangkan apa akan jadi pada umat Islam sekarang kalau lah Rasulullah boleh terpedaya dengan pujukan para pemimpin Quraisy…Adakah Islam akan sampai kepada kita pada waktu ini jika Rasulullah dan para sahabat pun main undi, kempen sana-sini lepas tu lompat parti suke ati seperti apa yang dilakukan para pemimpin sekarang…?

Sesungguhnya peraturan Allah sunnah Rasulullah itu lebih telus dan teguh…Wallahualam

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.

Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab :

"Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."



Semoga menjadi peringatan kita bersama...insya'Allah

Aku dapat award???


Alhamdulillah...ada gak orang sudi nak bagi aku award..tah ape ape punye blog pon nak bagi award ker?? Hehehe..Anyway, i really appreciate it..thanks Raudhah...

According to syarat-syarat nak terima award nih kena jawab soalan..Insya'allah kita cuba la ek...

Link or tell a bit about the person who gave you award

Ni main agak-agak je eh..tak semestinya betul sebab memang aku betul-betul tak kenal sapa dia nih...Just tau dari blog dia jer..

  1. Dia sensitive, berjiwa halus dan cepat terasa...but mudah memaafkan
  2. Sometimes giler sikit tapi kegilaannya amat difahami oleh kawan-kawan sekeliling and it can become a stress reliever..
  3. At least bab agama dia lebih baik dari aku..
  4. Orangnye pintar but ada masa terlalu emotional..
  5. Dia baik hati :-)
  6. Tapi aku cuma tau nama dia Raudhah je... :-(

Each one of you who received this award must list down 10 facts/ hobbies about yourself

  1. Aku suka electronic gadgets and anything yang related to automotive
  2. Aku suka arts....any kind but priority given to drama, writing, drawing and photography
  3. Aku suka mengembara
  4. Aku suka minum milo dan makan ayam
  5. Aku sayang mama dan abah aku and also adik beradik aku
  6. Aku cepat marah tapi biasanya cuma diam and pas tu ok sendiri
  7. Aku cepat kesian kat orang...
  8. Aku sebenarnya susah sayang orang...tapi kalau aku dah sayang aku susah nak lepaskan..
  9. Aku paling amat tak suka pembohong dan pengkhianat
  10. Aku nakal..hehehe
Aku nak bagi award ni kat Wanis, Lady Anaiz, Adik, Erisya and Izyan ..semoga bergumbira dengan award nih...hehehe

Hati Yang Terbakar...Dail 999...


Korang pernah rase bosan dan sunyi..? Pandang kiri..pandang kanan..sepi...? Or maybe pernah atau sedang banyak masalah yang mengganggu jiwa tapi tak tau nak share kat sape...? Ketauhilah bahawa betapa teruk sekali pun keadaan kita..tetap ada yang lebih teruk lagi..hehehe

(Quoted From Daily Express ~ Sabahan Local Newspaper)

Lonely girl's 5,000 prank calls to firemen

Johor Bahru : A teenage girl made 5,000 prank calls to the Larkin Fire and Rescue Department in Johor just because she was lonely.

The girl, 17, made the calls almost daily for the past few months, asking the officers on duty to spend time talking to her while she told them about her social life and personal problems.

The authorities managed to trace the girl while she was making one of the calls for the mobile phone.

"We have advised her to stop making such call and decided not to take further action," said Fire and Rescue officer Abdul Ghaffar Mohd Amin.

"However, not long after, she changed her mobile phone number and resumed the prank calls," he said.

It was learnt that about half of the 24,000 calls to the Johor Fire and Rescue Department last year were pranks.

Those making such calls can be fined a maximum RM5,000, or jailed more than three years, or both.

So, harap-harap janganla ada yang buat camni lagi eh....no 999 tu untuk kecemasan sahaja bukan talian luahan perasaan...hehehe..kesian betul adik sorang nih...

Kalau aku la kan..kalau aku sunyi atau tension..biasanya aku pi exercise or tengok dvd ngan parents aku...paling tidak pon tido or blogging ni la..

Tapi tak pernah terpikir pulak nak call bomba ke..ambulan ke...share problems...hehehe maybe i should try???

Sebenarnya, sebaik-baik pendengar dan pembantu adalah Allah...Dialah tempat kita mengadu dan meminta tolong....Yang lain dari tu..hanya sekadar melepaskan geram je....

Kalau korang kan, apa perkara yang paling extreme yang korang pernah buat kalau korang tension or sunyi...?

I Wonder...

Adakalanya aku tetiba rasa nak buat sesuatu untuk seseorang tanpa aku tahu sebab yang jelas untuk itu...Dan biasanya bila aku terdorong untuk membuat satu-satu kebaikan...aku pasrah dan berharap itu adalah ilham dari Allah untuk aku menyampaikan sesuatu kepada seseorang...Namun ada masanya aku juga takut...takut kalau-kalau apa yang bakal aku lakukan itu disalah ertikan...sedangkan aku sendiri hanya mengagak dan berdoa mudah-mudahan itu adalah sesuatu yang positif...Aku hanya tahu jiwaku menjadi tenang setiap kali aku mengingatinya...Amat sukar untuk aku gambarkan dengan perkataan apa yang ku rasa...

Pada Mu ku serahkan segalaNya ya Allah...jika ini apa yang kau inginkan dari ku...insya'Allah aku redha dan akan ku usahakan sebaik mungkin...jika ini hanya dugaan buat ku..maka sesungguhNya kau memiliki hati ku dan hanya Engkau yang lebih mengerti dan tahu apa yang tersirat disebalik semua ini...Permudahkanlah jalan hambaMu dan hanya padaMu ku gantung segala harapan ku...

Waduh!! Bandung Deh!!

Posted by Picasa


Ari ni aku gumbira kerana adik ku lil 'zayan' si Melment dah belikan aku sebijik t-shirt dari Bandung...sekurang-kurangnya boleh lah bagi aku semangat nak pi sana plak nanti kan...ya bener..ini pemberian gratis darinya..hiks3..

By the way...ni la t-shirt yang paling mahal aku ada seumur hidup aku..harganye tiga puluh ribu lebih woooo....gilak banar!!! hahaha....Sayang nak pakai...aku ingat nak frame je ..boleh tak..hehehe

Thanks Yan..this posting is for you to mark our "friendzsary"...errr..ade ke words tuh...?

Allah In Bible..A Controversy

Salam...

I've just come accross this blog with an interesting topic for the Muslims to think and start to really serious about learning and understand our own religion... So aku nak share bende ni with you guys....You may click this link :

Berapa korang sanggup bagi??

Pernah tak scenario ni terjadi kat you guys…Pada satu pagi yang indah…kita melangkah keluar dari rumah dengan begitu positive sekali…badan segar..baju yang segak dengan wangian perfume yang menusuk lubang idung lagi…

Kemudian singgah di satu warung jual kuih sebab nak beli something untuk breakfast …sedang seronok nak pilih kuih apa nak makan..tetiba ada orang sentuh kita dari belakang and bila tengok…oh budak pemintak sedekah rupanya…apakah reaksi kita?

1) kita akan kata “eh dik..kalau duit abang/kakak takleh bagi..tapi kalau nak makan kuih ambik jelah mana-mana…nanti saya bayar…” or;

2) Kita tak bagi sebab takut budak tu dari sindiket pengemis haram and takut kita kena rompak pas tu;

3) Kita buat tak tau dengan harapan dia akan blah secepat mungkin;

4) Or kita just bagi berapa yang patut supaya dia berlalu dengan senang hati.

Aku harap takde 1 -3 tu kita tak buat la eh…..tapi inilah scenario yang terjadi di dalam masyarakat kita..selalu sangat nak berkira-kira bila nak bersedekah and kena ada syarat-syarat lagi..tapi kalau nak belanja puluhan malah ratusan ringgit untuk beli tah apa apa tu boleh je pulak walaupun adakalanya yang dibeli tu lansung takleh tolong kita di hari hitungan amal nanti…

Sesungguhnya seluruh harta di dunia ni adalah milik Allah …Tuhan langit dan bumi yang menciptakan alam dan isinya…Dan kita selalu lupa bahawa semua kesenangan yang kita miliki hanyalah pinjaman semata-mata untuk kita gunakan agar dapat beramal di dunia ni bagi mencari bekal untuk dibawa ke negeri akhirat nanti…It’s just a loan from Him…

Maka, siapakah yang lebih berhak untuk berkira-kira sebenarnya?? Sedangkan kita ni lagi teruk sebab setiap saat buat dosa kat Allah….Bayangkan kalau Allah pun start buat macam apa yang kita buat…kita perlu duit tapi dia tak bagi kita rezeki dalam bentuk duit tapi bagi kita karipap je sedangkan kita nak pi beli ubat masa tu..?

Begitu pemurah dan pengasihnya Allah…Setiap kali kita berdoa dia beri seperti apa yang kita hajatkan and sometimes even better….kalau pun Dia tak bagi, itu adalah semata-mata nak jaga kita daripada memudharatkan diri kita sendiri dengan apa yang kita mintak…

Sedekah itu adalah perisai yang akan melindungi kita dari percikan api neraka nanti. So, kenapa takut nak bagi?? Takkan boleh jatuh miskin kita dengan sedekah tu sebab setiap apa yag kita bagi dengan ikhlas semestinya akan diberi ganjaran oleh Allah dengan cara yang berlipat kali ganda terutama sekali bila kita memberi untuk membantu kedua ibu bapa dan sanak saudara kita dengan penuh keikhlasan dan rendah hati…Ni bukan aku quote suka-suka dari buku tau tapi berdasarkan pengalaman peribadi sebagai pendorong untuk kita semua…

Allah bagi kita kesenangan bukan untk kita sorang-sorang syok sendiri senang tapi untuk berkongsi kesenangan itu dengan mereka yang memerlukan….Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang ada di hati kita dan apa yang kita lakukan samada secara sembunyi atau terang-terangan…Jangan sebok derma kat Palestin je and mengabaikan apa yang ada didepan mata…sama-samalah kita renungkan..

So agak agak, berapa korang sanggup bagi kali nih…? Hehehe…

I am learning...

"The happiest of people don't necessarily have the best of everything; they just make the most of everything that comes along their way."

Aku suke sangat quote nih...mengajar kita erti bersyukur....Ye lah...kita ni selalunya memang suka nak buat perbandingan kan..

Comparison memang bagus sebab kadang-kadang bila kita buat perbandingan kita akan tahu kita berada di tahap mana and adakalanya boley jadik motivational factor gak..

Tapi sometimes kita membandingkan diri kita dengan orang lain dengan cara yang agak keterlaluan and boleh menyebabkan hasad dengki, iri hati dan banyak lagi sikap-sikap mazmumah yang lain...and boleh jadik stress sendiri gak..sendiri cari pasal..hehehe

Ada masanya kita melukakan perasaan orang yang kita sayang dengan membanding-bandingkan mereka dengan orang lain...seolah-olah kita tak appreciate dia dengan seadanya...memang tragis...Contoh, selalu nak bandingkan anak sendiri ngan anak orang lain hingga buat budak tu tertekan dan ada jugak kes yang sampai bunuh diri....Nak banding tu boleh tapi biarlah dengan cara hikmah dan berpada pada....

Islam menggalakkan untuk membuat perbandingan diri kita yang hari ini dengan diri kita yang semalam dan hari esok...supaya kita dapat menilai, muhasabah diri serta insaf dan selalu cuba untuk memperbaiki kelemahan...

Takde sapa pun yang perfect dalam dunia ni kan...semua orang buat silap..kita tak dapat nak ubah kesilapan di masa silam..tapi kita sentiasa ada peluang untuk memastikan kesilapan tu tak kan berulang di masa depan...

Jika kita rasa kita miskin, sesungguhnya ada orang yang lebih miskin dan malang dari kita...dan jika kita rasa kita kaya dan bijak...ada orang lain yang lebih kaya dan bijak dari kita sebenarnya...

Bersyukurla dengan apa yang ada...sebab mungkin apa yang indah dan baik di mata kita tu sebenarnya tak disukai oleh Allah dan apa yang kita rase tak cun and tak best tu...well, actually itulah yang sebaik-baiknya yang ditentukan Allah buat kita...I am learning...