Gerhana Matahari 2009

Gerhana Matahari bukan selalu bley nampak kat Malaysia and kejadian secara global average about every 10 years once... Aku memang selalu kagum ngan fenomena alam ciptaan Allah..So, kali ni aku nak abadikan fenomena alam ni kat blog aku..hehehe..So, bila aku dah tua nanti...ada jugak la kenangan kan... hehehe


Info Tentang Gerhana Matahari Separa 26hb Januari 2009

Pada tahun ini, gerhana Matahari berlaku sebanyak dua kali. Pertama, gerhana Matahari anulus, yang dijangka berlaku pada 26 Januari 2009 dan kedua gerhana Matahari penuh pada 22 Julai 2009. Kedua-dua fenomena gerhana ini boleh kelihatan di Malaysia dalam fasa gerhana separa. Kejadian gerhana Matahari pada tahun 2009 ini juga merupakan kali pertama dapat dilihat di Malaysia semenjak tahun 1998.

Pada 26 Januari 2009 nanti, sesuai dengan musim Matahari berada di hemisfera selatan, laluan jejak gerhana dijangka bermula dari selatan benua Afrika. Menjelang tengah hari, berada di tengah-tengah lautan Hindi sebelum sampai di selatan Sumatera sebelah petang. Bayang-bayang penumbra Bulan yang melebar, menyebabkan gerhana separa ini boleh kelihatan pada hampir semua kawasan Asia Tenggara. Di kepulauan Mindanao, selatan Filipina gerhana berakhir ketika waktu Matahari terbenam.

Malumat lanjut tentang fenomena ni kalian bisa check di website rasmi Planetarium Negara...click je lah word Planetarium nih..

Apa yang boleh dilakukan ketika Gerhana Matahari nih...kepada umat Islam..kita disunatkan Solat Sunat Khusuf ....

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Khusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf. Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf.

Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.

Hukum Solat Gerhana Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Cara dan maklumat lanjut tentang Solat Sunat Khusuf you guys boleh dapat di link Masjid Negara nih..

Semoga kita dapat mengambil iktibar dari kejadian alam ini dan lebih mengingati bahawa dunia semakin uzur dan kepada Allah la tempat kita kembali...Wallahualam..


Updates!!

A crescent-shaped sun caused by a partial solar eclipse sets near a minaret of the Masjid Abidin mosque in Kuala Terengganu January 26, 2009

For more reports on the phenomenon, please click the picture...

Alexander Bukan Zulkarnain ~ Menerobos Lakaran Sejarah


If you guys takleh nak view Youtube ni from my blog...You can always click this link : Alexander Bukan Zulkarnain


Dokumentari baru 5 episod terbitan Astro Oasis yang ditayangkan setiap Jumaat 10 malam ini akan membawa dan membantu kita untuk memahami sejarah sebenar dan merungkai segala kekeliruan antara siapakah sebenarnya Alexander The Great dan siapakah pula Zulkarnain seperti apa yang diterangkan oleh Allah didalam Al-Quran melalui Surah Al-Kahfi Ayat 83 ~ 98. Semoga kita sama-sama mendapat iktibar daripada kupasan ilmiah ini. Insya'allah. Kindly click on the names highlighted for more information on the two characters.

GrAtIS


"Learn, Unlearn and Relearn..."


(Harap maaf..gambar sebenarnye takde kaitan ngan entry...saja suke tengok baby nih..hiks3)


You guys pernah tak ada satu phenomena kat office ke atau kat uni ke atau kat mana-mana tempat yang korang biasa hang out or spend most of your time with your colleagues...friends..teamates etc..tetiba satu perkataan tu atau phrase or a sentence terkeluar and jadi popular?

So, the same thing happen at my office...off late..budak-budak lelaki kat office aku suke guna perkataan ni.."Gratis"...sikit-sikit 'gratis'..gerak sikit 'gratis'...so diorang kalau tengah giler camni aku malas nak tanya pekemende nye 'gratis' tu..maka penyiasatan ku bermula...hehehe rajen ari ni kan....sampai boleh post 3 entry.. hehehe

As usual..aku search di wikipedia for "Gratis" ...harap bersedia...sila tegakkan tempat duduk anda dan pasang tali pinggang keledar... dan ini hasilnya :

Etymology
The term gratis in English comes from the Latin word "gratis" meaning "for thanks".

Other interpretation
Gratis is the process of providing goods or services without monetary compensation. It is often referred to in English as "free of charge". It is commonly acknowledged that there are costs associated with everything, hence the term "There Ain't No Such Thing As A Free Lunch"; however, it is often practical for companies, producers, and service providers to provide certain things free of charge as part of a larger business model or pricing strategy.

Aku interested pula ngan interpretasi kedua tu " the process of providing goods or services without monetary compensation"...dalam bahasa Islam nye..Amal Jariah la tuh...

Sejauh mana kita dah lakukan amal jariah...adakah kita masih berkira-kira dengan pertolongan yang kita bagi kat sesiapa yang memerlukan?? Adakah kita masih pilih kasih dalam menghulurkan bantuan?? Adakah kita ikhlas dalam memberi dan adakah kita ikhlas juga dalam menerima..? Think about it...

“Apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: Iaitu sedekah yang berterusan pahalanya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Wallahualam

The world of cicak

Memerangi Cicak



Who is cicak???

Cicak merupakan sejenis species reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara cicak melarikan diri.



Sure korang geli nak baca entry kali ni kan..? hehehe..sorry...sebenarnya aku geram...kat rumah aku banyak sangat cicak..tanpa segan silu dia boleh duduk kat tepi laptop aku ni and tengok apa aku tengah type kat blog... Jangan-jangan dia pun ada blog sendiri tak...so saje nak curi idea aku la tuh...hehehe Just kidding!!

Actually aku dah puas surfing nak cari petua macam mana nak halau cicak ni sume..sebab aku tak tergamak bunuh sekor sekor...aku nak dia pindah je...see, you are right As...ati Alakay memang soft...cicak pon tak sanggup bunuh....

Some of the petua are :

1) Guna Bulu Merak : Haih....mana la aku nak cari bulu merak kat sini..bulu kucing banyak laaa

2) Lastik ngan getah atau tembak ngan pistol air : Susah sebab aku anti keganasan...

3) Guna penyembur Ridsect yang ada kat kedai : Tak sanggup gak tengok dia menggelupur sebab macam pembunuhan dalam Gas Chamber...

4) Guna getah, kapur and sireh, bagi dia hidu then after that dia akan mati : Again..murderer..aku tak sanggup..moreover..mana la aku ada masa nak panjat dinding satu rumah..kejar dia and bagi dia hidu sume tu..addehhh..gilo ke apo...

So sapa sapa ada idea yang lebih ok..bertoleransi dan tidak pro-keganasan..tolong la sumbangkan eh...Sumbangan anda amat dihargai...

Tengkiu