Al Fatihah Untuknya


Surah Al Fatihah adalah antara surah pilihan...bukan sahaja di sedekahkan pada yang telah tiada...bahkan juga pada yang masih hidup...just now ada berita di tv.. keadaan Yasmin Ahmad, pengarah yang berkaliber masih kritikal....Marilah kita sedekah kan Al Fatihah agar beliau diberi kekuatan menghadapi dugaan ini...

Kak Min merupakan antara pengarah filem tempatan yang aku kagumi...selain dari Uwei, Rashid Sibir dan beberapa pengarah lain....Cerita yang beliau lahirkan bukan semata mata untuk tujuan komersial..tapi lebih untuk kesedaran dan membawa hakikat kehidupan bangsa Malaysia yang sebenar ke layar perak...Dengan props yang begitu simple..mesej yang diutarakan begitu mendalam....Dia tak pernah kisah apa orang nak kata tentang filem dia...Controversy etc...Filem arahan kak Min tetap mendapat pengiktirafan antarabangsa...Sepet, Gubra, Mukhsin dan Mualaf..antara karya beliau yang berjaya memenangi beberapa anugerah berprestij di dalam dan luar negara...

Kak Min juga berani membawa isu isu sensitive seperti keagamaan ke depan..Kita yang mengaku Islam tapi tidak dapat membezakan antara yang tidak suci dengan yang haram...Membaca Al Quran tapi tidak tahu apa maknanya....hafal tafsir tapi buta hati...faham hukum tetapi jumud dalam pengamalan....Banyak baca buku tapi semakin bodoh dalam hujah...Makin berilmu semakin tinggi pula ego diri....Ini juga antara persoalan masyarakat Islam yang beliau cuba ketengahkan melalui penghasilan karya karya nya yang lain...

Kebanyakan filem-filem tempatan yang ada sekarang terlalu suka membuat cerita cerita seram, hantu, ilmu hitam dan sebagainya....Kita mengaku Malaysia Negara Islam..tapi kenapa kita masih memberi ruang untuk cerita-cerita sebegini mengisi kotak fikiran dan hati orang Islam...? Hairan sungguh...

Disaat negara begitu dahagakan pengkarya-pengkarya seni berkualiti seperti Kak Min..kita dilanda berita yang menjadi ujian untuk semua...Harapanku agar Kak Min segera sembuh untuk terus berkarya...insya'Allah