Hari ni 16 Syawal 1439H...Umat Islam sana sini masih lagi sibuk meraikan Eidul Fitri....walaupun hakikatnya hari raya itu cuma sehari, tapi di Malaysia memang sudah menjadi kebiasaan keraian itu dilanjutkan dengan acara rumah terbuka di sana sini... Aku suka panggil tempoh ni sebagai "musim bina badan"...puasa sebulan mungkin hilang berat sekilo, selepas itu semuanya tinggal sejarah dan memori disudut hati..hehehe
Mungkin sebab itu kita digalakkan untuk menyambung ibadat puasa itu didalam bulan Syawal selama enam hari selepas berlalunya 1 Syawal. Antara lain hikmahnya adalah untuk mengingatkan kita bahawa kita baru saja habis kan sebulan dalam madrasah ramadhan, mengawal nafsu untuk mencapai taqwa...mengawal pertuturan...segala anggota deria...takkan dah lupa..ish ish ish
Apa kaitan dengan topik post kali ni??
Well, sebenarnya ada banyak persamaan antara mengurus berat badan dan mengurus kewangan kita.
Umumnya kita mau berat badan yang ideal, tidak terlalu kurus, tidak terlalu gemuk, nampak molek dimata bila pakai apa-apa fesyen pakaian sekalipun.
Sama la dengan tahap kewangan, tak semua orang mau jadi millionaire, kebanyakan orang cuma nak tahap kewangan yang selesa.
Cuma, kedua-duanya mempunyai proses atau disiplin ilmu yang tersendiri. Masalahnya, sifat manusia ni tergesa-gesa. Ini memang dinyatakan dalam Al-Quran, manusia itu sifatnya tergesa-gesa..tidak sabar..kita nak result, tapi kita tidak mahu melalui proses itu...
Pada pendapat aku yang serba lemah ni kan, antara persamaannya ialah :
Nak berat badan ideal maksudnya kita kena kawal jumlah kalori yang masuk dan keluar dari badan kita. Kawal kalori termasuklah makan-makanan sihat dan berkhasiat mengikut kesesuaian dan keperluan badan kita dan melakukan aktiviti tertentu pada waktu tertentu. Ini untuk seimbangkan antara kalori masuk dan kalori yang digunakan untuk tenaga supaya tidak ada lebihan lemak yang tidak berguna bersarang dibadan kita.
Masalah kita, kita tidak mau tau pun badan kita tu sebenarnya perlukan berapa banyak kalori dan apa aktiviti yang sesuai untuk kita maintain berat yang ideal. Nabi Muhammad s.a.w ajar : Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Tapi kita terbalik, makan sebelum lapar...dan kita tidak berhenti pun bila kenyang...hehehe kita akan terus makan dan makan dan makan bila ada peluang...alasannnya stress.."otak tak jalan la kalau tak munch-munch"...dah tu bila sudah 'gems'..hairan sendiri...
Dah lepas tu nak kurus plak...setiap hari cakap kat orang sebelah...tapi tindakannya tiada....last-last, pi beli cermin yang buat nampak diri kurus...dah sudahnya hidup dalam 'penafian'...Sebenarnya ini bukan soal gemuk atau kurus, tapi soal kesihatan...kesan lebihan lemak keatas tahap dan kualiti kesihatan kita...
Sama lah seperti bila kita menguruskan kewangan kita. Kita suka kepada wang..kita suka kaya, cuma kita kadang-kadang tak tau macam mana nak jana kewangan dengan cara yang produktif, efisen dan betul. So, memandangkan manusia suka cepat, jalan paling pantas ialah berhutang...sama ada credit card atau pinjaman peribadi atau pinjaman untuk melabur. Kadang-kadang kita tak perlu pun kepada pinjaman tu, tapi kita ambil. Sebab pegawai institusi kewangan kata "ambil lah..gaji you layak tau..tak guna sekarang pun takpe..nanti you gunalah bila perlu..simpan je .."standby'..."..paling gila..ambil pinjaman pi labur ke dalam 'scam investment'...
Ada pula yang enda suka berhutang, tapi ada masalah lain. Belanja tak guna ilmu...tapi suka guna nafsu...Kita suka beli barang bayar ansuran...walaupun barang-barang yang kecil-kecil...tak mau susah sikit kumpul duit sedikit sedikit baru beli...so, hutang makin bertambah, bayar bunga lagi...
Suka beli barang yang tak perlu..."impulse buying"...tak bole beza antara keperluan dan kehendak...tidak mau soal balik diri sebelum membeli sesuatu..."Adakah ini kritikal untuk aku terus hidup"...dah beli, tak pun pakai...simpan...sayang. Paling teruk..simpan bertahun-tahun...tidak mendatangkan manfaat...mengambil banyak ruang dirumah...menyempitkan...tapi tidak pula mau disedekahkan kepada mereka yang lebih memerlukan...kalaupun mau..setakat mau saja..."tiada ikhtiar sungguh-sungguh pun untuk get rid the stuffs"...dah tu heran apasal ada lipas banyak kat rumah...hehehe
Sama tak macam lemak berlebihan diperut dan pinggang kita tu kan...??? Sayang sangat...hehehe
(bersambung nanti...)






