Tenang Ketika Gawat


Pelbagai kesan dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Di Malaysia, sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan kerja. Dilaporkan di USA, seorang pekerja yang baru diberhentikan kerja telah bertindak nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri!!! Peristiwa yang tragic ini adalah sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.

Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada’ dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan. Rasulullah SAW bersabda:
“Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman….. apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka” (riwayat Muslim).

Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:

1. Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;

2. Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha “kerana Ringgit Malaysia”.

3. Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki. “Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (riwayat al Bukhari dan Muslim);

4. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith: “Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: “Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)” manakala malaikat yang satu lagi berdoa: “Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)” (riwayat Bukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana “Ringgit Malaysia”;

5. Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.


(Dipetik Dari Tazkirah Online Kumpulan Perbankan RHB)

Aku ke nih..?

Another tag from Anaiz….addehh..dia ni kalau bagi tag mesti yang payah-payah aku nak jawab..hehehe...tara apa..kita cuba yang terbaik…

* Here are the rules *

List these rules on your blog

1) Share 7 facts about yourself on your blog
2) Tell 6 unspectacular quirks of yours
3) Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs
4) Link the person who tagged you
5) Leave the comment for each blogger

7 even facts about me :

1) Aku manusia…hahaha..paling senang nak jawab kan?? Kot kot la ada yang sangka aku alien UFO ke…bunian ke.hehehe

2) Ketinggian aku terhenti setakat 147cm walaupun all my nieces and nephews semakin meninggi melepasi 5’ 6”

3) Kalau marah actual tak bersuara, tapi kalau marah ngengade atau sekadar lepas geram boleh sampai ke tahap membuli mangsa yang di marah..hehehe ooppss

4) Teramat sangat paling tak suka warna pink dan Petronas..jangan tanya kenapa..

5) Aku tak minat window shopping yang berjam-jam tapi tak beli pape setakat belek belek tapi nak tawaf satu mall..no way..

6) Aku tak suka make up..haih…lemas

7) Aku suke cokelat atau apa apa je yang ada rase cokelat…hiks3

6ix unspectacular quirks about me :

1) Kalau makan nasi campur, nasi kat pinggan aku akan habis dulu daripada lauk

2) Suke driving jalan jauh-jauh…sebut je pi mana..aku drive

3) Kalau aku tension aku kemas rumah tapi kalau aku tak tension aku jadik malas..tak tau nape…tapi rumah aku tak bersepah tau..

4) Aku teramat takut cacing, lintah dan segala bentuk makhluk yang sewaktu dengannya

5) Aku tak boleh tidur kalau dalam terang..ada hantu ke takde hantu ke aku mesti nak tidur dalam suasana yang gelap...

6) Aku tak suke tempat yang crowded and bising

7 even people to be tagged :

Aku tag a few je lah k sebab aku malas nak pi sana sini bagitau kena tag…teruk kan..hehehe

Izyan
Wanis
As

Done…

Nostalgia 2 : Aku sepi tanpa kamu


Ingat tak masa kita kecil-kecil dulu or for some even now...our parents always make the decision for us..? Baju apa nak pakai, apa yang kita patut makan, apa yang patut kita minum, ngan siapa kita boleh kawan, ngan siapa kita takleh kawan, how to behave, which words which should use and which words cannot be said ...?

Ya ya..aku boley nampak korang angguk-angguk kat situ...hehehe..

And do you know why they did all these..?

Well my friend, simply because diorang nak all the best things for us..nak kita nampak comey..nampak baik so that orang akan suka ngan kita, senang ngan kita and ultimately make our ma and pa proud too... Betoi tak...??? hehehe.... I believe all of us have this similar experience...

Same goes to my life and reminds me when i was aged maybe between 4-6... However, in my case, orang yang slalu decide for me was my eldest sister...jeng jeng jeng... One of the things yang masih jadik nostalgia kelakar in my life was, kakak slalu nak aku pakai baju ayu-ayu..comey comey... standard la kan cam budak budak pompuan lenlain tuh...but there was one huge problem...adik dia ni bukan la jenis yang 'standard' .... Actually, I was a lil bit tomboy dulu-dulu...and wearing gown or girly stuffs are totally taboo to me...a big NO! NO! in my dictionary...

Nape jadik camtu..Hhmm...Being the only daughter in the family...I just love to wear whatever my elder brothers wore at that time...talked like them..played same games....hang out with same group of friends...pendek kata apa diorang buat aku nak buat sama...They became something like my idol la masa tuh..hehehe

Haih...camne taknye..siang malam pagi petang aku cuma nampak abang-abang, arwah pak su, and cousin-cousin lelaki yang lain je lebeh...My ma always outstation sebab menunaikan tugas di sempadan Sabah-Indonesia sebagai immigration staff...Same with my pa yang terpaksa keje lebih and travel di kawasan pedalaman untuk generate more income for the family...Ma and pa balik pun kejap-kejap je tengok baby dia nih...Walaupun sukar masa tu...but ma and pa were trying their best to be the best parents which they did and they are indeed.... :-)

So, the only pompuan (besides my grandma...my grandma nanti kita cerita di episode yang lain..) yang aku slalu tengok and slalu bersama aku was just kakak..Kakak memang garang banget deh but... she truly had a golden heart... :-)

However, despite of kegarangan dia tuh..dia soft hearted gak sebenarnye...berjiwa seni la gitu...Dia minat bidang photography (tu agaknye terjangkit kat aku sampai sekarang), theatre, drama, nasyid and boleh dikatakan almost all types of arts/ performing arts... Keje-keje amal ni memang sentiasa dalam jadual dia ah...So masa kecil aku banyak dihabiskan ngan siblings with kakak as the leader in the house...And.... dia ni pulak slalu suke buat kezutan kat aku...hehehe

Sometimes, tetiba je dia balik keje and said "dik mari sini dik...tengok nih apa kakak beli.." wah...aku kalau dia start guna ayat-ayat kata camtu..memang suspen giloss la aku jadiknye..."ni mesti dia dah beli baju yang ayu-ayu or rambu ramba lagi nih...suh aku pakai and then posing bagi dia tangkap gambar....wuahahaha...." Tapi aku tak berani pulak nak kata tak mau kat kakak masa tu coz ..."dia garang but she had a golden heart..... :-)" hehehe Aku risau gak nanti kalau aku kata tak mo dia tak belikan aku cokelat and bawak aku jalan-jalan pi pantai main-main kat tepi laut...oh tidakkkk!!

So aku pon dengan rela dalam paksa akan pakai la whatever fashion dia da beli and the best i could do at that time was buat muka herot sana sini and nak nangih...mempertahankan senyuman aku adalah satu penyeksaan....kakak tahu aku takkan bole tahan senyum more than 30 seconds...anything more than that i will burst...but kakak memang la a talented photographer...dia boleh gunakan split seconds of the moment yang dia ada tu untuk buat gambar tu nampak comey dan tak nampak ler muke hodoh aku nak nangis masa tu tanpa menyakitkan aku.. she made it very easy and acceptable... :-)

Bila aku tengok balik gambar-gambar lepas aku..aku gelak sendiri and most of all, i missed kakak so much....Memang banyak la aku habihkan masa aku ngan kakak dulu...and aku paling suke tengok dia deklamasi sajak... hiks3...

Tapi yelah..orang kata "good people dying young"...Unfortunately kakak left us quite early..at the age of mid 20's..Allah dah jemput kakak from us... Sometimes I wish I could turn back time to safe her so that she can be with me again... How I wish I was bigger and stronger enough to protect her... But well, Allah lebih sayangkan kakak....dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...

Now, everytime aku amik gambar sunset ke...scenary ke..aku ingat kakak..Aku tengok theatre aku rasa kakak ada kat situ gak...aku dengar drama radio....aku ingat cerita-cerita yang kakak pernah tulis dan lakonkan....In short, kakak sentiasa hidup di dalam aku...dan hakikatnya "Aku sepi tanpa kamu..."

Al-Fatihah untuk kakak...

Dear Lord..Please help me...

Pernah tak kamu dalam situasi yang mana kawan kamu sakit dan kamu berada thousand miles accross the sea and there's nothing you can do to help her..? You can't even be with her by her side to hold her hand and said everything is going to be ok..

Pernah tak you rase totally useless and hopeless where you really want to go and see her but you dont even know where she is right now..? And even if you were there...apa yang you boleh buat to ease her pain..?

Ya Allah...tugasan dan dugaan apa lagi yang kau beri pada aku kali ini...bagaimana harus aku memikulnya..? Tiada apa yang aku tahu tentang dunia perubatan... And I m so far away from her...My Dear Lord..I really really beg you....Please help me...what should I do....?

Something to be proud of...

Salam... today aku rehat-rehat skit...taknak tulis topic heavy-heavy sangat..ehehehe...

Well, coming to end of January 09 (fuh! cepatnye masa berlalu..) dah nak masuk 4 bulan aku active blogging...thanx to my lil 'zayan'...this is part of my effective rehabilitation program aite??..hehehe

I really enjoyed blogging not because suke mengomen sana sini ke...nak attract attention ke ape..but basically just nak a place to express my thoughts and feelings...celoteh...release tension and also as a platform to meet more interesting people....

Aku kenal 'zayan' dari email..but blogging has brought us even closer..and via her...i was given the opportunity to know some of her friends...a number of young and talented people..And what makes me really proud is that, this young generation are Malay Muslims...'zayan' grad with Bachelor in Maths (our future specialist in Basel II), Zaki is currently under school of Biomedic (correct me if I'm wrong) and potentially sambung Master soon... As, our future radiologist and talented future doctor (insya'Allah)...Lyana, also our future Mathematician...Raudhah is currently studying medic in one of the oversea uni...Wanis is pursuing her Phd in one of the medic field..

Ahhh....All of these young people really impressed me indeed...diorang sanggup take the challenge ambik major yang aku sendiri dulu tak berani nak ambik...itu adalah sebahagian dari jihad sebenarnya...menunaikan fardhu kifayah....and the beauty is, diorang ada peluang untuk belajar ilmu matematik dan sains yang disulami dengan falsafah Islam...itu yang paling istimewa sekali..

My wish is just to see them untuk berjaya dalam apa jugak bidang yang diceburi..terutama yang berasaskan sains dan matematik...semoga mereka menjadi sebahagian daripada generasi yang bakal membangunkan tamadun ilmuwan Islam dibumi Allah ini sekali lagi...Insya'Allah :-)

How about me..? Hehehe..well, I m still under my 'jihad business'...memperjuangkan sebahagian daripada syiar Allah melalui sistem perbankan dan ekonomi Islam...

May Allah gives us the all strength and blessing in our jihad... Allahuakbar!!

Are we still helping Palestine???

Nampaknya isu-isu Palestin ni macam dah hampir nak sejuk...tak ramai orang dah bercakap perihal kejadian ni lagi...boycot, mengecam dan sebagainya...Aku harap semangat kita disini bukan lah sekadar 'hot-hot chicken shit' je eh...Orang kat Palestine tu frontliner..bermati-matian menjaga negara mereka dan sekaligus tempat suci dan maruah seluruh umat Islam di dunia ni....So at least, kita yang aman damai and selesa kat Malaysia ni...walaupun takleh pi perang, semangat 'DBD' (derma, boycot, doa) tu kena consistent la eh...

Hmm..so far dah 2 hari serangan ke atas penempatan Palestin di Wilayah Gaza dihentikan atas persetujuan Israel dan Hamas untuk gencatan senjata persendirian.. Syukur alhamdulillah.. Allah maha pengasih dan penyayang.... Akhbar-akhbar dunia menyifatkan serangan Israel tidak mencapai objektifnya dan ramai askar-askar Israel juga turut mati dan cedera hingga memaksa mereka untuk berundur....

Bila aku renungkan balik..aku wonder macam mana Israel tak mampu nak bolos kat Gaza..sedangkan Gaza tu hanya jaluran sahaja jika nak dibandingkan dengan keseluruhan tanah jajahan Israel...tengok kat map dibawah..kecik je..and some articles menyifatkan ianya sebagai 'the biggest prison in the world'...bukan country or settlement tau..but 'prison'...which is true kalau dilihat dari bentuk layanan dan sekatan ekonomi yang dibuat oleh Israel..and also kalau kena serang memang takde tempat nak lari....




Then look at Israel troops...all the sophisticated weapons...orang lain senapang lurus...dia senapang dia boleh bengkok sana sini....they don't have to be in a straight line and face to face with the counterparts in order to fire a shot to any Hamas or public...Dengan kereta kebal...Jet pejuang..dsbg...

Hamas pula cuma ada pelancar roket dan senjata pertempuran yang ala kadar...plus batu, kayu dan apa-apa yang boleh di baling...Subhanallah..still Israel takleh masuk dengan mudah..ini memang perperangan yang penuh keajaiban...doa umat dan desakan dunia banyak membantu menghentikan serangan yang tidak berperi kemanusiaan ni...

Namun begitu, kesan daripada serangan dasyat selama 22 hari tu benar-benar meleburkan hati aku...look at this photo guys... That little child tengah berdiri kat kawasan rumah dia yang dah ranap...mama and abah dia tak tau ade lagi ke tak...


And menurut para pakar perubatan dan sukarelawan yang ditugaskan disana, kanak-kanak dan keseruhan warga Palestine mengalami trauma yang paling teruk akibat peperangan ni....Kesan yang diorang akan rasa sepanjang hayat diorang....

Israel awal-awal lagi telah menobatkan yang mereka akan sedaya upaya melindungi tentera-tentera yang dihantar menyerang Gaza daripada pertuduhan 'jenayah perang'....Semoga Allah mengalahkan mereka...and guys...please continue our support...

Gerhana Matahari 2009

Gerhana Matahari bukan selalu bley nampak kat Malaysia and kejadian secara global average about every 10 years once... Aku memang selalu kagum ngan fenomena alam ciptaan Allah..So, kali ni aku nak abadikan fenomena alam ni kat blog aku..hehehe..So, bila aku dah tua nanti...ada jugak la kenangan kan... hehehe


Info Tentang Gerhana Matahari Separa 26hb Januari 2009

Pada tahun ini, gerhana Matahari berlaku sebanyak dua kali. Pertama, gerhana Matahari anulus, yang dijangka berlaku pada 26 Januari 2009 dan kedua gerhana Matahari penuh pada 22 Julai 2009. Kedua-dua fenomena gerhana ini boleh kelihatan di Malaysia dalam fasa gerhana separa. Kejadian gerhana Matahari pada tahun 2009 ini juga merupakan kali pertama dapat dilihat di Malaysia semenjak tahun 1998.

Pada 26 Januari 2009 nanti, sesuai dengan musim Matahari berada di hemisfera selatan, laluan jejak gerhana dijangka bermula dari selatan benua Afrika. Menjelang tengah hari, berada di tengah-tengah lautan Hindi sebelum sampai di selatan Sumatera sebelah petang. Bayang-bayang penumbra Bulan yang melebar, menyebabkan gerhana separa ini boleh kelihatan pada hampir semua kawasan Asia Tenggara. Di kepulauan Mindanao, selatan Filipina gerhana berakhir ketika waktu Matahari terbenam.

Malumat lanjut tentang fenomena ni kalian bisa check di website rasmi Planetarium Negara...click je lah word Planetarium nih..

Apa yang boleh dilakukan ketika Gerhana Matahari nih...kepada umat Islam..kita disunatkan Solat Sunat Khusuf ....

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Khusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf. Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf.

Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.

Hukum Solat Gerhana Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Cara dan maklumat lanjut tentang Solat Sunat Khusuf you guys boleh dapat di link Masjid Negara nih..

Semoga kita dapat mengambil iktibar dari kejadian alam ini dan lebih mengingati bahawa dunia semakin uzur dan kepada Allah la tempat kita kembali...Wallahualam..


Updates!!

A crescent-shaped sun caused by a partial solar eclipse sets near a minaret of the Masjid Abidin mosque in Kuala Terengganu January 26, 2009

For more reports on the phenomenon, please click the picture...

Alexander Bukan Zulkarnain ~ Menerobos Lakaran Sejarah


If you guys takleh nak view Youtube ni from my blog...You can always click this link : Alexander Bukan Zulkarnain


Dokumentari baru 5 episod terbitan Astro Oasis yang ditayangkan setiap Jumaat 10 malam ini akan membawa dan membantu kita untuk memahami sejarah sebenar dan merungkai segala kekeliruan antara siapakah sebenarnya Alexander The Great dan siapakah pula Zulkarnain seperti apa yang diterangkan oleh Allah didalam Al-Quran melalui Surah Al-Kahfi Ayat 83 ~ 98. Semoga kita sama-sama mendapat iktibar daripada kupasan ilmiah ini. Insya'allah. Kindly click on the names highlighted for more information on the two characters.

GrAtIS


"Learn, Unlearn and Relearn..."


(Harap maaf..gambar sebenarnye takde kaitan ngan entry...saja suke tengok baby nih..hiks3)


You guys pernah tak ada satu phenomena kat office ke atau kat uni ke atau kat mana-mana tempat yang korang biasa hang out or spend most of your time with your colleagues...friends..teamates etc..tetiba satu perkataan tu atau phrase or a sentence terkeluar and jadi popular?

So, the same thing happen at my office...off late..budak-budak lelaki kat office aku suke guna perkataan ni.."Gratis"...sikit-sikit 'gratis'..gerak sikit 'gratis'...so diorang kalau tengah giler camni aku malas nak tanya pekemende nye 'gratis' tu..maka penyiasatan ku bermula...hehehe rajen ari ni kan....sampai boleh post 3 entry.. hehehe

As usual..aku search di wikipedia for "Gratis" ...harap bersedia...sila tegakkan tempat duduk anda dan pasang tali pinggang keledar... dan ini hasilnya :

Etymology
The term gratis in English comes from the Latin word "gratis" meaning "for thanks".

Other interpretation
Gratis is the process of providing goods or services without monetary compensation. It is often referred to in English as "free of charge". It is commonly acknowledged that there are costs associated with everything, hence the term "There Ain't No Such Thing As A Free Lunch"; however, it is often practical for companies, producers, and service providers to provide certain things free of charge as part of a larger business model or pricing strategy.

Aku interested pula ngan interpretasi kedua tu " the process of providing goods or services without monetary compensation"...dalam bahasa Islam nye..Amal Jariah la tuh...

Sejauh mana kita dah lakukan amal jariah...adakah kita masih berkira-kira dengan pertolongan yang kita bagi kat sesiapa yang memerlukan?? Adakah kita masih pilih kasih dalam menghulurkan bantuan?? Adakah kita ikhlas dalam memberi dan adakah kita ikhlas juga dalam menerima..? Think about it...

“Apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: Iaitu sedekah yang berterusan pahalanya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Wallahualam

The world of cicak

Memerangi Cicak



Who is cicak???

Cicak merupakan sejenis species reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara cicak melarikan diri.



Sure korang geli nak baca entry kali ni kan..? hehehe..sorry...sebenarnya aku geram...kat rumah aku banyak sangat cicak..tanpa segan silu dia boleh duduk kat tepi laptop aku ni and tengok apa aku tengah type kat blog... Jangan-jangan dia pun ada blog sendiri tak...so saje nak curi idea aku la tuh...hehehe Just kidding!!

Actually aku dah puas surfing nak cari petua macam mana nak halau cicak ni sume..sebab aku tak tergamak bunuh sekor sekor...aku nak dia pindah je...see, you are right As...ati Alakay memang soft...cicak pon tak sanggup bunuh....

Some of the petua are :

1) Guna Bulu Merak : Haih....mana la aku nak cari bulu merak kat sini..bulu kucing banyak laaa

2) Lastik ngan getah atau tembak ngan pistol air : Susah sebab aku anti keganasan...

3) Guna penyembur Ridsect yang ada kat kedai : Tak sanggup gak tengok dia menggelupur sebab macam pembunuhan dalam Gas Chamber...

4) Guna getah, kapur and sireh, bagi dia hidu then after that dia akan mati : Again..murderer..aku tak sanggup..moreover..mana la aku ada masa nak panjat dinding satu rumah..kejar dia and bagi dia hidu sume tu..addehhh..gilo ke apo...

So sapa sapa ada idea yang lebih ok..bertoleransi dan tidak pro-keganasan..tolong la sumbangkan eh...Sumbangan anda amat dihargai...

Tengkiu

Persona Non Grata

"Learn, unlearn and relearn..."


Fine sunday morning...hehehe...takde mende nak buat...so aku pon buatlah activity passive ni...ngadap laptop click sana sini...then aku ternampak perkataan ni..."Persona Non Grata"...Ya ya...movie yang Erra Fazira ngan Hans Issac tu...aku tak tengok movie tu....but apa yang menarik perhatian aku tentang perkataan ni ialah...i once heard the same words from Datuk Rais Yatim..cuma aku tak betul-betul dengar masa tu apa kaitan perkataan "Persona Non Grata" ni dengan press conference yand dia attend....yelah..takkan dia nak komen pasal Erra ngan Hans pulak kan...hehehe

So aku pon pi la check kat Wikipedia and the result are as follows :

Etymology
Latin persona (“‘person’”) + non (“‘not’”) + grata (from gratus (“‘acceptable’”)).

Pronunciation
(UK) IPA: /pə(ɹ)'səʊnə nɒn 'grɑ:tə/, SAMPA: /p@(r)"s@Un@ nQn "grA:t@/

Noun
persona non grata (plural personae non gratae or personas non grata)

Translation
A person who is not welcome, especially a diplomat in a foreign country.
In a layman term...Persona Non Grata = A person who is not welcome...

"Kehadiran yang tak di alu-alukan"....I believe some of us pernah jadi "Persona Non Grata"...and don't forget..sedar atau tidak kita juga pernah treat orang as a "Persona Non Grata"... ;-) and even more tragic...sometimes we've become PNG dalam negara kita sendiri, kampung, neighbourhood, Uni, campus. etc ... And for whatever reason it may be..."Persona Non Grata" is arising from conflict of preferences, interest, expectation and assumption...In fact, it is a very subjective matter ... Apa yang acceptable bagi kita mungkin tidak acceptable bagi orang lain...vice versa..

Lantaran konflik penerimaan dan persepsi ini adakalanya boleh menekan diri seseorang....Manusia asasnya mempunyai naluri ingin berasa selamat jika berada didalam satu kumpulan...inginkan recognition or pengiktirafan akan kewujudan diri...pemikiran dan idea...Malangnya ada antara kita yang tidak mentadbir naluri ini seperti apa yang digariskan dalam Al-Quran atau Sunnah Rasulullah s.a.w....Dan sebahagian yang lain pula menutup pendengaran dan penglihatan seolah tidak mahu tahu atau masuk campur akan apa yang terjadi...sedangkan tanggungjawab sesama umat itu juga akan ditimbang kira di Mahsyar kelak....

Maka, apabila keinginan untuk menerima pengiktirafan atau untuk berasa selamat itu sudah memuncak..maka manusia akan cuba mencari hala alternative..jika tidak dibimbing...terjadilah kumpulan Black Metal...Skinhead...Pengkid...Nyah..Gay dan sebagainya...Justeru masyarakat mengganggap mereka sebagai "Persona Non Grata"..Saling menuding jari antara satu sama lain siapa yang harus dipersalahkan atas kepincangan yang melanda...Sedangkan hakikatnya, kedua dua pihak mempunyai tanggungjawab yang sama berat...Jika kita cuba mendengar, menyelami dan memahami fikiran dan hati kumpulan-kumpulan ini, mungkin kita dapat membantu untuk membawa/membimbing mereka ke arah yang lebih tepat....True enough that this is not an easy task..but well, our beloved prophet also did not have a sweet moment with Quraisy Jahilyah either...

Sebenarnya asas punca masalah itu adalah ringkas...fitrah manusia inginkan ketenangan dan keselamatan..sense of peace and security...Tapi kebanyakan kita mencari peace and security ditempat yang salah....Definasi peace and security terlalu rigid kepada benda-benda yang berunsurkan materialisma dan physical semata mata dan mengenepikan unsur-unsur rohaniah...Kalaupun ada yang bersetuju bahawa kemantapan rohani itu penting, mereka masih tidak menggunakan asas yang betul...tidak menjadikan Islam sebagai landasan untuk mencapai tahap kerohanian yang tinggi...

The ultimate peace and security adalah disisi Allah...Tuhan Sekelian Alam...Dan peace and security ini dapat dicapai melalui dua perkara :

1) Melaksanakan segala perintah Allah

2) Meninggalkan segala larangan Allah

Semakin banyak kita patuh kepada dua perkara diatas, semakin sedikit atau kecil ruang pintu untuk Iblis dan kuncu-kuncunya masuk dan bertapak dihati kita...semakin sukar untuk syaitan rapat kepada kita dan semakin mudah untuk para melaikat mengelilingi kita...semakin tinggi kekuatan rohani kita dan semakin rapat pula hubungan kita dengan Allah, Pencipta Alam ...

Siapakah yang lebih mengetahui tentang isi alam ini melainkan Dia...Jika kita sudah bisa menjadi Persona Grata di sisi Allah..apakah mustahil untuk kita menjadi Persona Grata di kalangan makhluk...? Sesungguhnya kasih dan rahmat Allah meliputi seluruh alam dan Dia yang lebih mengetahui dan Maha Berkuasa.. Apakah kita masih risau jika kuasa sebesar dan sehebat ini ada bersama-sama kita irregardless of time and place...?

Manakah yang lebih menakutkan...menjadi Persona Non Grata di kalangan makhluk atau menjadi Persona Non Grata di sisi Allah... Di dalam hati kita ada jawapannya....

Nostalgia 1

Dalam banyak –banyak tag yang aku pernah buat…ini lah tag yang paling susah bagi aku semenjak aku mula menceburkan diri dalam arena blogging nih…Challenging but fun!…Dapat mengembalikan sebahagian nostalgia dalam hidup aku pulak tuh..hishhhh..Thanks to my dearly friend Wanis…Semoga tenang-tenang selalu di Aberdeen..Jihad nya memang gitu bu! Penuh onak dan dugaan…tapi pasti hasilnya nanti akan hebat gitu…Semoga sukses!!!! Insya’Allah!...hehehe

Here we go :




I am

Of course the tiger laaa..not orang utan…a cute little friendly tiger....hehehe…



Brave as a tiger but my heart soft as a…errr…not sure..As, tolong As...hiks3



I really want to go

Banyak tempat sebenarnye..tapi top in my list…is this one..New Zealand….



My favourite place

Salah satu daripadanya….Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawarah



My favourite things are


Banyak..tapi mostly electronic/digital gadgets and anything related to automotive….Anyway… Ni pesona aku yang baru…



My favourite drink is

Apa-apa jugak minuman yang berperisa chocolate….



My favourite foods are

Ayam based….semestinya yang Halalan Toyyibah…



My favourite colors are

Hijau



Dan Biru



I live in

Sabah, Land Below The Wind….


I was born in

Kota Kinabalu, the 'Nature Resort City'...



I attended

Banyak laa..tetapi..yang utama..









My favourite story is




And I definitely wish for

Maghfirah dan Kasih Allah…

Di Pertemuan Ini

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar
Satu kebetulan


Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan


Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati


Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus


Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang
Untuk menyatakan
Bimbang kan berulang kesilapan


~Suratan Atau Kebetulan : Kenny, Remy & Martin~


Salam...lagu ni sememangnya begitu sinonim dengan rentetan peristiwa dalam hidup ku...


Sepanjang perjalanan ku setakat ini...Allah telah menemukan aku dengan berbagai jenis manusia...ada yang baik dan ada jugak yang sebaliknya...Namun adakalanya aku dipertemukan dengan 'someone out of nowhere'....tanpa hubungkait yang lansung atau logika yang mampu diterima akal...And ironically, setiap kali ianya terjadi, pasti ada saja hikmah-hikmah istimewa yang tersembunyi disebalik pertemuan ini...


Mungkin ini caranya Allah ingin mengajar aku tentang kehidupan...supaya aku lebih keras dan tabah menghadapi apa jugak bentuk dugaan lantas redha and menerima apa jugak ketentuanNya dengan hati yang tenang dan pasrah....Kerana sesungguhNya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita..


Sesungguhnya setiap apa yang didatangkan olehNya dalam hidupku mempunyai ibrah yang tersendiri dan ternyata pada konklusi setiap pertemuan itu..aku sememangnya lebih matang dalam menilai erti persahabatan...hubungan sesama manusia dan ultimasi hubungan dengan Tuhan Sekelian Alam...Aku tidak menolak adakalanya ujian yang melanda benar-benar menekan jiwaku hingga rasanya tak sanggup meneruskan perjuangan yang serba singkat ini....Namun dalam kekalutan itu kasih dan rahmatNya seringkali menyelamatkan aku dan menyembuhkan aku dari segala kesakitan yang sebenarnya berpunca dari kealpaan ku sendiri...hilang punca dan arah dalam memikul amanah yang sepatutnya kugalas di atas bahuku dengan sebaik mungkin...


Pemurah dan pengasihNya Allah..tidak sekalipun Dia pernah meninggalkan aku atau berputus asa kepadaku walau kegagalan demi kegagalan serta kesilapan kesilapan ku lakukan dihadapanNya...Malah Dia terus mendidik jiwaku agar lebih tegar dan memberiku lebih banyak peluang untuk membaiki kesilapan lalu...


Ya Tuhanku, walau ku kumpul seluruh kekuatan dan kekayaan dilangit dan bumi..takkan mampu ku catit seluruh rahmat dan kasih yang telah Engkau berikan padaku...


~Pada kau yang baru singgah dalam hidupku (you know who you are)...terimakasih ku ucapkan kerana kesudian mu memberi sedikit ruang untuk aku cuba mengenali insan seindah kamu..Aku sebenarnya tidak pasti apa yang Allah telah sediakan untuk kita dihadapan sana..Namun yang pasti, aku akan cuba sedaya ku untuk menjaga amanah ini sebaik mungkin demi rasa syukurKu padanya...Justeru itu jika dalam perjalanan kita ini nanti ada kelemahanku yang bakal kau jejaki...ada kesilapanku yang bakal kau temui..maafkanlah aku..sesungguhnya aku hambaNya yang lemah dan seringkali berbuat khilaf...Aku bukanlah manusia terbaik dan tidak mungkin aku bisa berlaku sempurna...aku hanya bisa mencuba yang terbaik untuk kita...dan andaikata aku gagal...maafkanlah aku kerana sesungguhnya aku hanya insan biasa...~

What Pattern is Your Brain?



Your Brain is Adaptable


Your brain is always looking for the connections in life.

(Betol...)

You always amaze your friends by figuring out things first.

(err...agaknye...i can't judge myself, can I?)

You're also good at bringing people together - and often play match maker.

(sometimes...huh...penat kalau ingat yang nih..)

You see the world in fluid, flexible terms. Nothing is black or white.

(very very true..hehehe)




Apa yang Alakay tau pasal otak???
Hhmmm...tak banyak...but antaranya :

1) A brain can receive/ transfer info frm/to another brain based on signals & frequencies; (itu yang ada telepathy tu)

2) One of the heaviest organs in our body;

3) Pernah dengar about Conscious and Subconscious mind? Short term info is kept in conscious mind and long term and more complex info is kept in our subconscious mind..genius people use more of their subconscious mind (dia ada levels known as alpa, beta, theta and delta);

Dan macam macam lagi la...Tapi kan ..kajian menunjukkan twins atau kembar boleh memikirkan perkara yang sama dalam satu masa walaupun duduk berjauhan ratusan atau ribuan batu...amazingkan kuasa Tuhan?

Jom try buat quiz ni so kita tau brain kita ni macam mana ..betul ke tak betul patternnye..hehehe...

How Thankful Are You??

Adakah anda tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur?? How thankful are you? Kenkadang kita rasa kita ni memang orang yang sentiasa bersyukur kan? Tapi sure ada masa-masa kita lalai and ada jugak masa kita regret dengan apa yang jadi dan tidak redha dengan apa yang ditentukan oleh Allah.

Contohnya kuiz yang aku baru buat ni…aku cuba buat dengan sejujurnya dan cuba mengingat kembali perasaan-perasaan aku ketika dalam kesusahan atau sebaliknya..hasilnya aku cuma dapat 94% thankful…




You Are 94% Thankful



You're an incredibly thankful person, and everyone around you feels very appreciated.

You inspire people to be more optimistic, forgiving, and grateful.





Sedangkan, kita tahu dan sedar pada setiap kejadian atau peristiwa itu ada hikmah disebaliknya dan ia tidak lain hanya semata-mata bertujuan untuk membawa kita supaya lebih dekat dengan Sang Pencipta, Allah s.w.t.

Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sesuatu yang melibatkan hal-hal yang serius, kita adakalanya terlepas pandang bahawa segala musibah atau kebaikan yang berlaku dalam kehidupan kita adalah merupakan tanda kasih dan perhatian Allah kepada hambaNya. "On no soul does God placed a burden greater than it can bear" ~Al Baqarah~

Aku teringat..semasa pertemuan ku dengan beberapa pelanggan bank untuk lunch appointment..mereka telah melemparkan soalan2 sinis kepada aku berkenaan isu Palestin...

"Mau boikot itu semua barang bukan senang ooo...KFC, MCD, Maggie..ini semua kilang or outlet aaa...mostly itu orang Melayu and Muslim yang kerja maa..kalau itu kedai or kilang tutup...sapa susah? Itu orang Melayu dan Muslim juga kan...?"

Pada logika akalku..untuk sejenak aku terpaksa mengiakan apa yang dikatakan oleh tokeh tersebut..Aku betul betul berharap pada waktu tu Allah bagi aku ilham bagaimana nak mempertahankan pendirian orang Islam terhadap isu yang begitu hangat diperkatakan sekarang...Arrgghhh! Geram..marah ..macam macam lagi perasaan aku masa tu...Tapi atas dasar professionalisma, aku tak boleh marah membabi buta tanpa hujah yang baik dan disokong oleh nas yang sahih kerana itu akan memburukkan imej Islam jugak...So, aku terpaksa bersabar...

Dalam perjalanan aku pulang ke rumah...aku terfikir semula apa yang dikatakan oleh tokeh tu tadi...bengang aku tak habis lagi rupanya...rasa kesal dan marah dengan diri sendiri pun ada jugak..haih...Mungkin ada benarnya cakap client ku tu…buat apa aku pi tolong orang kat Negara lain kalau perbuatan aku tu akan mendatangkan mudharat pada orang-orang dinegara aku sendiri? Aku kononya nak meruntuhkan ekonomi Israel tapi looks like ekonomi orang-orang aku yang akan runtuh dulu sebelum kesan boikot itu dapat dilihat mengena Israel…Macam mana kalau orang orang Islam hilang pekerjaan..? Apa akan jadi pada keluarga diaorang nanti…? Makin fikir, makin pusing aku jadinya…

Tapi dengan izin Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. tiba-tiba aku telah diberi satu ilham :

"Dan perintahkanlah keluargamu serta para pengikutmu mendirikan sembahyang dan hendaklah mereka tekun dan sabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki darimu. Bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." ~Surah Taahaa : 132~

Hanya dengan ayat ini...segala kekeliruan dan keraguan yang bermain difikiran ku terus lenyap dan aku tersenyum puas dengan jawapan dari Allah ini. Persoalan yang kita perselisihkan sekarang rupa-rupanya telah dijawab oleh Allah 1,430 tahun yang dulu...Subhanallah....Maha Bijaksana dan Maha Mengetahuinya Dia...Kalaulah aku dapat jawapan ni masa client-client aku tu sebok berbual pasal isu ni..mungkin aku dapat memberi komen yang lebih baik dari perspektif Islam...hehehe..Allah lebih mengetahui kenapa dia tidak memberi ilham ni pada aku terlebih dahulu...

Tentu kalian tertanya-tanya, kenapa aku katakan yang ayat ini dapat menjawab semua perkara yang kita perselisihkan tentang isu boikot memboikot nih…I will not answer or give my comment about it here….I’ll give this opportunity for you people to think…open the holy book of Quran…look for the ayat….read, digest and understand the message that Allah wants us to know and learn… Pada yang sudah faham...Alhamdulillah..kalau nak share your findings boley la komen kan...Pada yang masih tercari-cari...teruskan usaha...

All the best guys…Be thankful that we have the Quran :-)

Wassalam

Boycott???

I've been tagged by !zyan. Rajen sungguh budak ni tag aku... hehehe

The rule:
Here's what we should do. It's simple: list down 5 of the products from the list below that you are boycotting, and then list down 5 of the products that you will try your best to boycott, and finally list another 5 of the products that you find it hard to boycott, and tag 5 others. (Just click on the link below. I don't list the products here)

This tag is to get everyone to read the list below carefully and identify which products affects your life and the lives of the Palestinians most! You can also compare your list with your friends and see if they can boycott one product that you haven't been boycotting, why can't you start to boycott the product too?

5 products i'm boycotting: (as in, totally boycotting it!)

1.Starbucks (senang sebab tak minum kopi!)
2.MCD
3.Johnson & Johnson
4.Coca Cola
5.Maggie

5 products I will start to boycott:

1.Kotex (tak tau brand apa lagi ..yg lain tak biasa :-( )
2.Fanta
3.Sprite
4.Calvin Klein
5.Nokia (huhuhu..baru je pi survey nak beli N series latest model...kena stick to Sony Ericson la ni...)

5 products that I find hard to boycott: (but I will use my best endevaour!)

1.Disney - "!zyan-I always love their cartoons n movies =( ~ Nur : Me tooo :-("
2.Nestle products - no more milo ..wuaaaa :-(
3.Intel - Affordable computer mostly Intel chip..How??
4.National Geographic Channel - My visual wikipedia
5.No more products for me...yg lenlain tu memang den tak sontuh pon...


Click here for the list of products.

I tag: 1.As 2. Raudhah 3.Lady Anaiz 4. Dammit 5. Amin

Fearless




Your Word is "Fearless"



You see life as your one chance to experience everything, and you just go for it!

You believe the biggest risk is being afraid and missing out on something amazing.



Sometimes your fearlessness means you're daring. You enjoy risky activities.

And sometimes your fearlessness means you're courageous. You're brave enough to do the right thing, even when it's scary.





Salam...

I pi cilok the above from cik !zyan's blog..boleh eh yan? hehehe...interesting gak quiz nih..you guys boleh try and it's actually another step to know ourselves better... ;-)
Does the description reflect my trueself? Well, to a certain extend 'Yes'...However, being a Muslim, I also have some 'value added' element attached to that basic character...That's why I nak tambah sikit la daripada apa yang ada di atas...Fearless biarlah bertempat and whatever risk that we want to engage ourselves with, try to make it a calculated risk k...

Been Tagged by Izyan

Ini jawapan guwe ya...hehehe

4 jobs I have had in my life:
-Tukang lap meja and angkat sampah kat cafe' universiti
-Tukang isi borang untuk pendatang tanpa izin (opis i kat bawah pokok tau..)
-Admin Officer (automotive company)
-Credit Analyst (bank)

4 movies/tv series I could watch over and over
-Lord of the Rings
-Madagascar
-Heroes
-Kyle XY

4 places I've lived in
-Jalan Gambang, Kuantan
-Pullman, Washington State, USA
-Sentul, KL
-Batu Caves, Selangor
-Papar, Sabah

4 places I've been to
-Singapore
-USA
-Canada
-Saudi Arabia (Mecca & Medina)

4 main sources of emails
-High Schoolmate
-Collegemate
-Colleagues
-Spams

4 of my favourite food
-Burger
-Ayam masak kicap
-Semua jenis sup
-Cokelat dan aiskrim..yummy!!!

4 places I would rather be right now
-New Zealand
-Australia
-UK
-Atas katil....

Terimakasih pada cik !zyan kerana memilih saya ya...adiosss senoritaaa!

Bzzz Bzzzz Bzzz

Salam...

Hari ni alhamdulillah ok cuma ada sikit-sikit je benda tak best...server kitaorang kena attack worm (or virus..not sure mana satu)..adddehhh..seluruh network kitaorang kacau...takleh email..on off...and of course internet memang takleh lansung surfing..anyway, semua ni ada hikmahnya...aku dapat siapkan lebih banyak tugasan sebab tumpuan lebih pada kerja and not blogging..ahaksss...

Then tengahari boss aku tanya :

(perbualan dalam slang Sabah...so pepandailah translate ke loghat masing-masing k..)


Boss : "hey Nur..ko mau ikut ka malam nanti...?

Aku : "pigi mana..?

Boss : "saya mau bawak auditor pi makan sama customer..di Mediterranean Restaurant dekat Tg Aru sana...apa macam..ko mau join..?"

Aku : (tanpa segan silu..) hui buleh ba kalau kau...hehehe....makan free kan..lagipun saya belum pernah pigi ooo itu tempat...jalan-jalan di luar ada la.."

Boss : "Bah..kalau begitu ..on..7pm...kau, saya, si Tim..sama auditor semua la nanti.."

Aku : dengan gumbira "orait!"


So, 7pm makan malam dekat pantai Tg Aru..dengan sapaan tiupan bayu malam yang sepoi sepoi diselangi dengan kedinginan malam selepas hujan..chewaaahh!!

Hidangan, biasa la..mee orang putih...ikan besar punya dua ekor...and macam macam lagi lah...but my favourite for the nite was dessert dia...apa nama dia aku dah lupe...tapi memang sedap aaa sebab dipenuhi cokelat....hehehe .......Tah kenapa aku lapar sangat malam tu (penat susun file sebelum tu and jeless ngan my lil 'zayan' dapat makan doughnut..cess!)..sampai mushroom soup auditor pun aku belasah (shila tak bagi abesss...aku sapu la)... Sambil borak-borak..gelak sana gelak sini..then dah selesai kitaorang pun take a short walk at the beach before balik...memang relaxing tul and release gak lah tension...

On my way home...terdengar pulak lagu ni..lagu pop rock lama ..lupe nama group :

"....Jangan kau ucap selamat tinggal,

pada diriku yang setia,

tak sanggup aku,

untuk berpisah,

ingin ku hidup bersama,

cinta ku hanya untuk mu,

setiap hari kau ku rindu..."


Teringat nostalgia masa sekolah menengah..kitaorang pernah guna lagu ni untuk kenakan sorang mamat yang innocent kat sekolah kitaorang....kami telah mereka-reka yang kononnye dia ada secret admirer...ohh..indahnya masa sekolah..memang nakal nak mamposs tapi boleh plak jadi prefect..heran tul!

In short...alhamdulillah hari ini segalaya berlalu dengan tenang dan memang best!!

Keindahan Doa Qunut

Salam...

Actually, masa aku balik dari kerja tadi, aku rasa penat sangat and tension la jugak...haih...tetiba je legal documentation untuk case aku sangkut...Customer wat hal tak nak sign...What to do...istighfar je lah banyak-banyak...

So, bila sampai rumah aku pun pi la surfing internet konon nak lepaskan tension....sambil tu nak cari Doa Qunut Nazilah sebab radio IKIM buat saranan untuk kita berdoa membantu our brothers in Palestine.... Aku jumpa la YouTube Sheikh Mishari Rashid El-Efasy ni...tak silap aku dia Imam Masjidil Haram jugak...in real life, suara dia subhanallah... memang best....lagi panjang surah dia baca lagi best...(rindu suasana kat Masjidil Haram....)

Anyway, aku ingatkan nak cut and paste je code...tapi aku ter'play' and terdengar la bacaan Doa Qunut ni...haduh....lebur hati aku terus... and rasa tenang sangat:-) ...Therefore, I'm sharing this with you guys..ada subtitle lagi so kita dapatlah lebih menghayatinya.... Cuma aku tak pasti ini ke Qunut Nazilah tu...yang aku terbaca, translation bacaan doa Qunut Nazilah dalam bahasa Melayu tu lain....

Tapi takpe...yang ni pun bagus untuk kita dengar, hayati dan insya'Allah kita amalkan...

Nasib Saudaraku Palestine...


Masya'Allah....masuk hari ni dah hampir seminggu puak Zionis Israel melancarkan serangan habis-habisan ke penempatan Palestine di Semenanjung Gaza...Ratusan penduduk awam mati dan ribuan cedera parah... Tidak ada sedikit pun rasa belas kasihan di hati Israel terhadap penderitaan mereka yang tidak berdosa.... Malah mereka menafikan bahawa serangan tersebut ditujukan ke kawasan awam sekaligus membunuh / mencederakan ribuan penduduk di sana...

Kerakusan Israel sudah tidak dapat dibendung...PBB masih berdiam diri...Amerika bahkan menghalang usaha gencatan senjata dengan mengatakan ianya tidak membawa apa-apa erti selagi Pejuang Hamas tidak akur dengan unjuran. Resolusi tidak dapat di ketengahkan lantas keengganan sebahagian anggota PBB yang bimbang kepentingan politik mereka terancam jika mempertikaikan keputusan Amerika... Apakah yang akan berlaku seterusnya pada saudara-saudara Palestine kita ...??

Aku betul-betul tak tahan tengok semua ni..rasa-rasanya mau saja aku pergi ke sana sekarang bersama-sama mereka menentang kekejaman Zionis...Masa ni jugaklah keingingan aku untuk menyertai MERCY semakin kuat...mudah-mudahan Allah memberi jalan pada aku untuk mencapai hasrat aku ni... Sementara itu...jika masih ada rasa belas di hati kalian, masih ada rasa simpati... To all my friends, brothers and sisters who have visited my blog and read this message, let us join our hands together and do as much as we can to help our brothers and sisters in Palestine...Whatever it is, donation of every single cent, boycot Israel & US products, prayer...name it...just do it now...may the good Lord be with us...Ameen...

P/S Please also see Yasmin Ahmad Blog as she is in close contact with Datuk Jemilah of MERCY in Palestine. Perhaps there's something we can assist from there as well..

Bon Voyage Wani5..

Salam...

Still have another 4 hours before Wanis' flight take off to Aberdeen, UK.. Ironically aku rase sedih pulak...i only knew her less than a week and dalam masa tu pun kitaorang bukannya banyak sembang..dengar sore pun tak pernah...just talk sikit-sikit through FB, blog !zyan and a few sms... Nape aku rase sebak aku pun tak tau...sebab tu aku tak berani nak call dia sebab aku takut nanti mengganggu emosi dia pulak..haih...pelik sungguh...maybe sebab kitaorang baru kenal and dia dah nak pi jauh camtu...She's a wonderful person indeed.. :-) Deep in my heart, I hope she'll have a safe journey and everything dalam perlindungan Allah..nak buat Phd bukan mudah... Banyak cabarannya... Mudah-mudahan Allah bagi dia kemudahan and gives her all the strength and preseverance that she needs to complete the quest...


Bon Voyage My Friend!

2009 Yang Baru!

Salam...haih..lama betul tak update blog aku yang satu nih...dah berabok pon....Jadi azam tahun baru 2009 aku nak improve sikit la blog yang nih and upload/ post a few things...

Nah... activity pertama guwe 2009...gi nonton "Branscain: Aku Dan Topi Ajaib"... yup.. another piece from Ahmad Idham... My personal view, overall storyline..so so la...cuma this time dapat nampak improvement dari segi cinematography expecially dalam penggunaan teknik CGI... not like other Ahmad Idham's and David Teo's films..this one is more relax and takde la stunt letup, lompat and hit & bang sana sini tuh...Kalau setakat nak pi abesskan masa boleh la pi tengok crite ni but don't expect too much la k... hehehe

By the way..for this movie tiket dia murah sesangat... RM5 je..weekend plak tu.. so that already tells u something aite...

Nonetheless, noted another preview in the adv for a Malay movie as well (eh..betul ke aku ni...?) .. title "Syurga Cinta" (juga arahan Ahmad Idham dan lakonan Heliza AF5 & Awal Ashaari) macam ok... tapi i think better tunggu raya je la kan..sure ASTRO tayangkan gak nanti... save RM... hiks3