Lompat Si Katak Lompat!


Alhamdulillah..baru selesai lunch ngan abah and mama…sempat gak la jenguk TV kat luar yang sebok dok bincang pasal scenario politik di Perak sekarang…Aku terfikir, diorang ni dapat jadi ahli DUN atas kuasa diorang sendiri ke atau atas pilihan rakyat..?

Bukan ke rakyat yang diorang lobby suruh undi parti diorang dulu..? Bukan ke rakyat yang awal subuh lagi dah bangun beratur kat tempat mengundi untuk mengundi diorang…Rakyat yang rasa bangga bila bersalam dengan diorang kerana merasakan mereka telah pun memilih calon yang tepat untuk mewakili suara mereka di persidangan dewan dan membawa pembaharuan…Bukan ke itu manifesto diorang masa kempen dulu..tumbangkan parti lawan untuk bawa pembaharuan..But what happen now..?

Bagaimana dengan begitu mudah mereka boleh membuat keputusan untuk lompat kat tempat lain yang dulunya seteru mereka tanpa tanya rakyat setuju atau tak…Nape masa nak pilihanraya and mengundi dulu diorang sanggup masuk lubuk sana sini bagi explanation nape patut pilih parti diorang sebagai wakil and bila nak ‘tukar angin’ just call press and buat announcement camtu jer…?

Di mana demokrasi..? Ada tak terfikir perasaan rakyat yang dah undi diorang nih..betapa rase tertipunya mereka…haih…aku tak dapat bayangkan macam mana kecewanya para pengundi tu…Somehow I agree with Dr M.. orang-orang yang macam ni sebenarnya tak patut diterima sebagai pemimpin..macam lalang..takde pendirian…

Mungkin ada benar kata teman ku yang sorang nih… keputusan memilih pemimpin yang diambil melalui syura adalah yang sebaik-baiknya…Tak dapat aku bayangkan apa akan jadi pada umat Islam sekarang kalau lah Rasulullah boleh terpedaya dengan pujukan para pemimpin Quraisy…Adakah Islam akan sampai kepada kita pada waktu ini jika Rasulullah dan para sahabat pun main undi, kempen sana-sini lepas tu lompat parti suke ati seperti apa yang dilakukan para pemimpin sekarang…?

Sesungguhnya peraturan Allah sunnah Rasulullah itu lebih telus dan teguh…Wallahualam

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.

Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab :

"Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."



Semoga menjadi peringatan kita bersama...insya'Allah

Aku dapat award???


Alhamdulillah...ada gak orang sudi nak bagi aku award..tah ape ape punye blog pon nak bagi award ker?? Hehehe..Anyway, i really appreciate it..thanks Raudhah...

According to syarat-syarat nak terima award nih kena jawab soalan..Insya'allah kita cuba la ek...

Link or tell a bit about the person who gave you award

Ni main agak-agak je eh..tak semestinya betul sebab memang aku betul-betul tak kenal sapa dia nih...Just tau dari blog dia jer..

  1. Dia sensitive, berjiwa halus dan cepat terasa...but mudah memaafkan
  2. Sometimes giler sikit tapi kegilaannya amat difahami oleh kawan-kawan sekeliling and it can become a stress reliever..
  3. At least bab agama dia lebih baik dari aku..
  4. Orangnye pintar but ada masa terlalu emotional..
  5. Dia baik hati :-)
  6. Tapi aku cuma tau nama dia Raudhah je... :-(

Each one of you who received this award must list down 10 facts/ hobbies about yourself

  1. Aku suka electronic gadgets and anything yang related to automotive
  2. Aku suka arts....any kind but priority given to drama, writing, drawing and photography
  3. Aku suka mengembara
  4. Aku suka minum milo dan makan ayam
  5. Aku sayang mama dan abah aku and also adik beradik aku
  6. Aku cepat marah tapi biasanya cuma diam and pas tu ok sendiri
  7. Aku cepat kesian kat orang...
  8. Aku sebenarnya susah sayang orang...tapi kalau aku dah sayang aku susah nak lepaskan..
  9. Aku paling amat tak suka pembohong dan pengkhianat
  10. Aku nakal..hehehe
Aku nak bagi award ni kat Wanis, Lady Anaiz, Adik, Erisya and Izyan ..semoga bergumbira dengan award nih...hehehe