Nampaknya isu-isu Palestin ni macam dah hampir nak sejuk...tak ramai orang dah bercakap perihal kejadian ni lagi...boycot, mengecam dan sebagainya...Aku harap semangat kita disini bukan lah sekadar 'hot-hot chicken shit' je eh...Orang kat Palestine tu frontliner..bermati-matian menjaga negara mereka dan sekaligus tempat suci dan maruah seluruh umat Islam di dunia ni....So at least, kita yang aman damai and selesa kat Malaysia ni...walaupun takleh pi perang, semangat 'DBD' (derma, boycot, doa) tu kena consistent la eh...
Hmm..so far dah 2 hari serangan ke atas penempatan Palestin di Wilayah Gaza dihentikan atas persetujuan Israel dan Hamas untuk gencatan senjata persendirian.. Syukur alhamdulillah.. Allah maha pengasih dan penyayang.... Akhbar-akhbar dunia menyifatkan serangan Israel tidak mencapai objektifnya dan ramai askar-askar Israel juga turut mati dan cedera hingga memaksa mereka untuk berundur....
Bila aku renungkan balik..aku wonder macam mana Israel tak mampu nak bolos kat Gaza..sedangkan Gaza tu hanya jaluran sahaja jika nak dibandingkan dengan keseluruhan tanah jajahan Israel...tengok kat map dibawah..kecik je..and some articles menyifatkan ianya sebagai 'the biggest prison in the world'...bukan country or settlement tau..but 'prison'...which is true kalau dilihat dari bentuk layanan dan sekatan ekonomi yang dibuat oleh Israel..and also kalau kena serang memang takde tempat nak lari....

Then look at Israel troops...all the sophisticated weapons...orang lain senapang lurus...dia senapang dia boleh bengkok sana sini....they don't have to be in a straight line and face to face with the counterparts in order to fire a shot to any Hamas or public...Dengan kereta kebal...Jet pejuang..dsbg...
Hamas pula cuma ada pelancar roket dan senjata pertempuran yang ala kadar...plus batu, kayu dan apa-apa yang boleh di baling...Subhanallah..still Israel takleh masuk dengan mudah..ini memang perperangan yang penuh keajaiban...doa umat dan desakan dunia banyak membantu menghentikan serangan yang tidak berperi kemanusiaan ni...
Namun begitu, kesan daripada serangan dasyat selama 22 hari tu benar-benar meleburkan hati aku...look at this photo guys... That little child tengah berdiri kat kawasan rumah dia yang dah ranap...mama and abah dia tak tau ade lagi ke tak...
And menurut para pakar perubatan dan sukarelawan yang ditugaskan disana, kanak-kanak dan keseruhan warga Palestine mengalami trauma yang paling teruk akibat peperangan ni....Kesan yang diorang akan rasa sepanjang hayat diorang....
Israel awal-awal lagi telah menobatkan yang mereka akan sedaya upaya melindungi tentera-tentera yang dihantar menyerang Gaza daripada pertuduhan 'jenayah perang'....Semoga Allah mengalahkan mereka...and guys...please continue our support...