Episod 2 : Ujian
Kekurangan Harta
Hidup
ibarat roda, ada masanya kita berada di atas, ada ketika kita berada di bawah.
Keluarga kami juga tidak terlepas dari ujian getirnya kesusahan hidup. Dari
rumah yang berdindingkan konkrit dan beratap genting, hinggalah kami terpaksa akur
dengan percaturan hidup untuk tinggal di bawah kolong rumah yang berdindingkan
canvas dan berlantaikan tanah yang dilapik dengan kotak.
Ikrar
hati dan azam ku ketika itu adalah untuk mengeluarkan keluarga ku dari belenggu
kemiskinan. Pesan arwah abah dan mama ketika itu, “Belajar lah
bersungguh-sungguh nak sebab itulah bekalmu…kita orang miskin… enda ada apa-apa
yang kami boleh kasi tinggal untuk kau…ilmu itulah hartamu…”.
Saat
paling pahit ialah apabila sehari sebelum peperiksaan SPM bermula aku menerima sepucuk
surat dari mama yang mencurah isi hatinya tentang kesempitan hidup yang
dialami. Pada ketika itu aku masih lagi berada di asrama sekolah.
Memang
menjadi tabiat mama dan abah untuk tidak menyusahkan anak-anak. Walaupun dua
orang abang ku telah bekerja pada waktu itu, tetapi pendapatan mereka bukanlah
besar. Maka mama dan abah mengambil keputusan untuk menanggung perbelajaan
mereka sendiri, aku dan adik ku yang masih kecil dengan berjaja menjual kuih
dan mee di pasar.
Sebahagian
perbelanjaan ku pula ditanggung dengan duit biasiswa yang ku terima daripada
penaja.
Sewaktu
aku menjawap kertas pertama Bahasa Malaysia SPM 1991, bercucuran airmata ku.
Aku betul-betul nekad walaupun apa pun yang terjadi aku mesti cemerlang dalam
pelajaran, “I want to be the best among
the best”. Habiskan semuanya secepat yang mungkin, cari kerja dan jaga mama
dan abah. Itu lah “Big Why” ku ketika
itu.
Halangan
demi halangan ku tempuh. Tiada apa pun yang dapat menahanku ketika itu.
Alhamdulillah berkat doa mama dan keluarga, aku berjaya menjadi pelajar
cemerlang di sekolah ku ketika itu yang juga merupakan rekod terbaik untuk
sekolahku semenjak ia ditubuhkan.
Hadiah
istimewa untuk guru-guruku yang berkorban dan meletakkan keyakinan yang tinggi
terhadap ‘batch’ kami pada untuk memartabatkan kedudukan sekolah yang agak
ketinggalan berbanding sekolah-sekolah lain disekitarnya.
Namun
selepas mendapat keputusan cemerlang masalah lain pula muncul. Keluarga ku
tidak mampu untuk membiayai perrbelanjaan ku untuk masuk ke universiti. Buntu
fikiran ku, hingga ada di suatu ketika aku merancang untuk membeli loteri untuk
beradu nasib, manalah tahu aku dapat menang loteri.
Apabila
tiba di hadapan kedai loteri, aku terpaku, tak tergerak langkahku untuk masuk…berbagai
perasaan bermain dibenakku di ketika itu..sempat aku bertanya, “Ya Allah, adakah
kau akan maafkan aku jika aku membuat dosa ini..bukan untuk orang lain ya
Allah..untuk keluarga ku…aku betul betul perlu teruskan perjuangan ku ke
universiti…berilah aku peluang…”.
Orang
yang lalu lalang hanya memandangku…apa tidaknya, gadis belasan tahun yang
bertudung berdiri terpacul di hadapan kedai loteri. Selepas beberapa ketika
berdiri di situ, aku batalkan niatku dan dengan langkah yang longlai berlalu
pergi. Terrnyata bukan itu rancangan Tuhan untuk ku.
Akur
pada keadaan, 2 tawaran universiti terpaksa ku tolak. Satu dari UKM dan satu
lagi dari UIA untuk dua jurusan berbeza. Dengan pujukan abangku yang sulung,
aku terpaksa berpuas hati dengan melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 sebab itu
sahaja yang dapat dibantu olehnya ketika itu. Walaupun hati kecewa dan sayu,
aku mula mendaftar di tingkatan 6 Sekolah Menengah Maktab Sabah dalam bulan
Februari 1992.
Pasrah
dan redha dengan apa yang suda tertulis untuk ku, namun dalam hatiku masih
terus berbisik “Ya Allah, I really need a
miracle…”.
Orang
selalu berkata “Keajaiban itu berlaku setiap hari...”. Keajaiban berlaku di
mana sahaja dan Tuhan memberi atas sebab rahmahNya kepada sesiapa sahaja yang
Dia mahu.
Tanpa
diduga sekali lagi Allah menunjukkan belas kasihanNya kepada diriku yang sangat
lemah ini. Selepas 6 bulan aku berada di dalam tingakatan 6, tiba-tiba aku
menerima satu telegram melalui abang ngah ku, panggilan untuk melapor diri ke
Yayasan Sabah untuk menerima anugerah.
Aku
kehairanan “Bila masa aku memohon, aku
tak pernah pun tulis surat apa apa…anugerah apa lagi ni..”.
Kata
abang ku “Pigi saja la bah…manatau rezeki
kau kali ni…”.
Aku
hanya mengangguk “Ok”.
Keesokan
harinya setelah aku sampai di Ibu Pejabat Yayasan Sabah, barulah aku diberitahu
bahawa aku telah tersenarai diantara 10 pelajar terbaik Sabah yang telah
dipilih untuk menerima Anugerah Biasiswa Cemerlang Siri Ke-II dibawah tajaan
Yayasan Sabah.
Ia
merupakan biasiswa penuh dan dengannya aku ditawarkan tempat untuk melanjutkan
pelajaran didalam “American Associate Degree Programme” yang mana 2 tahun sesi
pembelajaran akan di lakukan di Semenanjung Malaysia dan manakala baki 2 tahun
akan dilanjutkan di United States of America sehingga graduasi. Seluruh
perbelanjaan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak penaja.
Macam
mimpi aku rasa waktu tu. Bila ditanya bidang apa aku minat, aku jadi ‘blank’ dan tidak tahu untuk memilih apa
sebab telah ku simpan jauh-jauh harapan dan impian itu di tempat yang paling
dalam.
Pegawai
yang diamanahkan mengurus hal ehwal ku hanya tersenyum dan memberitahu ku untuk
kembali dengan keputusan dalam masa 2 hari. Ku sampaikan berita ini kepada mama
dan abah jelas mereka menghela nafas lega dan bangga dengan pencapaian ku.
Pada
saat itu aku sedar, sebenarnya Allah sentiasa mendengar dan melihat apa yang
kita minta dan buat. Malah Dia tahu apa yang kita akan minta sebelum benda itu
terdetik di hati kita. Macam mana pun baik perancangan kita, perancangan Allah
tetap yang unggul dan indah.
Jangan
sesekali rasa penat atau bosan jika doa mu masih belum terkabul sebab Dia tahu
bilakah masa yang sesuai untuk Dia memberi. Jangan persoalkan kenapa cepat atau
lambat, sebab Dia tahu apa yang kamu perlu dan bagaimana benda itu akan sampai
kepada kamu. Dia Maha Bijaksana!
Apa
yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap, dan apa yang kita
buat adalah doa. Yakin jak…”Innallaha Ma’ana”..sesungguhnya Allah bersama-sama
dengan kita.
