Lompat Si Katak Lompat!


Alhamdulillah..baru selesai lunch ngan abah and mama…sempat gak la jenguk TV kat luar yang sebok dok bincang pasal scenario politik di Perak sekarang…Aku terfikir, diorang ni dapat jadi ahli DUN atas kuasa diorang sendiri ke atau atas pilihan rakyat..?

Bukan ke rakyat yang diorang lobby suruh undi parti diorang dulu..? Bukan ke rakyat yang awal subuh lagi dah bangun beratur kat tempat mengundi untuk mengundi diorang…Rakyat yang rasa bangga bila bersalam dengan diorang kerana merasakan mereka telah pun memilih calon yang tepat untuk mewakili suara mereka di persidangan dewan dan membawa pembaharuan…Bukan ke itu manifesto diorang masa kempen dulu..tumbangkan parti lawan untuk bawa pembaharuan..But what happen now..?

Bagaimana dengan begitu mudah mereka boleh membuat keputusan untuk lompat kat tempat lain yang dulunya seteru mereka tanpa tanya rakyat setuju atau tak…Nape masa nak pilihanraya and mengundi dulu diorang sanggup masuk lubuk sana sini bagi explanation nape patut pilih parti diorang sebagai wakil and bila nak ‘tukar angin’ just call press and buat announcement camtu jer…?

Di mana demokrasi..? Ada tak terfikir perasaan rakyat yang dah undi diorang nih..betapa rase tertipunya mereka…haih…aku tak dapat bayangkan macam mana kecewanya para pengundi tu…Somehow I agree with Dr M.. orang-orang yang macam ni sebenarnya tak patut diterima sebagai pemimpin..macam lalang..takde pendirian…

Mungkin ada benar kata teman ku yang sorang nih… keputusan memilih pemimpin yang diambil melalui syura adalah yang sebaik-baiknya…Tak dapat aku bayangkan apa akan jadi pada umat Islam sekarang kalau lah Rasulullah boleh terpedaya dengan pujukan para pemimpin Quraisy…Adakah Islam akan sampai kepada kita pada waktu ini jika Rasulullah dan para sahabat pun main undi, kempen sana-sini lepas tu lompat parti suke ati seperti apa yang dilakukan para pemimpin sekarang…?

Sesungguhnya peraturan Allah sunnah Rasulullah itu lebih telus dan teguh…Wallahualam